Skip to main content

Mel Gibson Putus Cinta Pada Usia 69 Tahun

Mel Gibson

Bukan sesuatu yang menarik untuk memulakan kedatangan tahun baharu dengan pengalaman putus cinta.

Namun itulah realiti yang dilalui aktor veteran Mel Gibson. Bintang filem Braveheart itu kini tidak lagi bercinta dengan kekasihnya yang mempunyai jarak usia 34 tahun.

Gibson dan Rosalind Ross, 35, bukan lagi pasangan kekasih menjadikan Gibson kini solo pada usia 69 tahun. Ironi, Gibson dan Ross sudah hidup bersama selama sembilan tahun.

Pengumuman tersebut dibuat pasangan itu dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan secara bersama, lapor People.

Menerusi kenyataan yang diberikan, mereka memberitahu sudah berpisah sekitar setahun lalu, pada waktu sama insiden kebakaran memusnahkan kediaman Gibson.

“Walaupun kami sedih dengan pengakhiran ini, kami tetap bersyukur kerana berkongsi seorang anak lelaki.

“Kami akan terus menjadi ibu dan bapa yang baik buat Lars,” kata mereka.

Pasangan itu mula menjalin hubungan sejak 2014. Meski menerima banyak kritikan tentang jarak usia mereka yang cukup jauh, Gibson dan Ross tetap meneruskan percintaan mereka sehingga hampir mencecah satu dekad.

Must-Watch Video

Advertisement