Skip to main content

Selebriti

“Melihat Awak Begini Lebih Menyakitkan…” - Zeera Azizi Sedih Tengok Cristiano Ronaldo Menangis, Tetap Bangga Walaupun Kalah

ASTROGEMPAK Zeera

Sekilas

  • Pelakon Zeera Azizi tetap berbangga dengan Cristiano Ronaldo walaupun Portugal tewas kepada Sepanyol dalam pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026.
  • Zeera menghargai Ronaldo sebagai inspirasi yang mengajar erti usaha tanpa mengalah dan berjanji akan berkongsi kisahnya dengan anak-anaknya.
  • Kekalahan Portugal juga dijangka menandakan berakhirnya karier antarabangsa panjang Cristiano Ronaldo.

Pelakon Zeera Azizi tetap berbangga dengan pemain bola sepak kegemarannya iaitu Cristiano Ronaldo biarpun pasukan Portugal tewas kepada Sepanyol dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 pada Isnin.

 

Menerusi hantaran di Threads, Zeera turut menganggap Cristiano telah banyak mengajarnya erti usaha tanpa mengalah dan turut berterima kasih kepada penyerang Portugal itu yang telah mewarnai zaman kanak-kanaknya. 

 

“Dear Cristiano, menang kalah, tak kisah, dari aku umur 12 tahun aku tengok kau main bola. Aku tahu kau dah bagi lebih dari yang terbaik sepanjang karier kau. Biar la apa orang nak cakap. 

 

“Bagi aku, kau mengajar aku apa erti usaha tanpa mengalah! Terima kasih sebab dah mewarnai zaman kanak-kanak aku sehingga sekarang. Aku bangga sebab aku pernah jadi saksi betapa hebatnya seorang Cristiano Ronaldo! 

 

“Kalah atau menang, you are the real GOAT in my life! VAMOS PORTUGAL! SIUU,” tulisnya. 

 

Pasukan kebangsaan itu tersingkir selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 pada Isnin.

 

Penyingkiran Portugal turut dijangka menandakan berakhirnya karier panjang Cristiano Ronaldo di pentas antarabangsa.

Pada perkongsian lain, Zeera turut berasa sebak apabila melihat Cristiano menangis teresak-esak selepas pasukannya kalah kepada Sepanyol. 

 

Bagaimanapun, kakak kepada penyampai radio Neera Azizi itu berkata dia akan memastikan anak-anaknya mengetahui tentang Cristiano Ranaldo yang memberi inspirasi kepada jutaan orang.  

 

“Melihat awak begini lebih menyakitkan sehingga tak terkata. Tetapi saya akan pastikan suatu hari nanti, saya akan memberitahu anak-anak saya yang saya menyaksikan seseorang yang memberi inspirasi kepada jutaan orang untuk bermimpi lebih besar, bekerja lebih keras, dan tidak pernah berputus asa!

 

“Namanya ialah Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro. TERHEBAT SEPANJANG MASA! Terima kasih Cristiano untuk segalanya🥺❤️,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

Must Watch Video

Advertisement