Skip to main content

Selebriti

Mimi Fly Kongsi Screenshot Perbualan, Anggap Adira Suhaimi Pengurus Yang Bijak - “Lapang Dada Nak Sokong Dia”

Astrogempak

Sekilas

  • Mimi Fly berkongsi tangkap layar perbualan dengan pengurus Bintang TTMM2, Adira Suhaimi, yang meminta bantuan susun bahagian rap lagu Aku Stacy.
  • Mimi memuji kebijaksanaan Adira sebagai pengurus artis dan mengiktiraf persembahan hebat Aisha Retno di pentas akhir TTMM2.
  • Adira & Anggrek dinobatkan juara TTMM2 dengan hadiah RM30,000 dan trofi, sambil mendapat sokongan netizen di Threads.

Penyanyi, Mimi Fly mencuri perhatian ramai selepas berkongsi tangkap layar perbualan bersama pengurus Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Adira Suhaimi.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Adira dilihat meminta pertolongan daripada Mimi untuk melakukan susunan bahagian rap bagi lagu Aku Stacy yang dinyanyikan oleh Anggrek dan penyanyi Aisha Retno di pentas akhir program tersebut.

Menurut Mimi, dia memuji kebijaksanan Adira dalam menguruskan anaknya kerana berpandangan bahawa bukan semua ibu bapa boleh jadi pengurus yang baik.

“Lapang dada bila nak sokong dia. Alhamdulillah ami. Tak semua ibu bapa sesuai jadi manager artis tetapi awak lain. Solid circle dan strategi. Kumpulan yang paling terbaik.

Dalam masa sama, Mimi turut mengiktiraf persembahan Aisha Retno yang berjaya merancakkan lagi persembahan pada malam tersebut.

“Lagu ini Aisha Retno outstanding bobo. Menggoh gusti puteri yang ku kasihi”

Perkongsian Mimi turut mendapat perhatian netizen di Threads dengan rata-rata bersetuju dengan kenyataan Mimi sambil berkongsi pandangan masing-masing terhadap pelantun lagu Sayang Orang Sama itu.

Terdahulu, Adira & Anggrek dinobatkan sebagai Juara TTMM2 dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 beserta sebuah trofi.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement