Skip to main content

Selebriti

Mimi Lana Kongsi Perubahan Selepas Berkahwin, Rujuk Syafiq Kyle Sebelum Terima Tawaran Lakonan - "Apa-Apa Keputusan Perlu Tanya Suami"

Mimi Lana Kongsi Perubahan Selepas Berkahwin, Rujuk Syafiq Kyle Sebelum Terima Tawaran Lakonan - "Apa-Apa Keputusan Perlu Tanya Suami"

Sekilas

  • Mimi Lana kini perlu berbincang dengan suaminya, Syafiq Kyle, sebelum menerima tawaran berlakon selepas berkahwin.
  • Babak romantik Mimi bersama Adipati Dolken dalam filem Mojoku Hilang dirakam sebelum dia berkahwin pada Januari 2025.
  • Sehingga kini, Mimi belum menerima tawaran lakonan bergenre romantik dan akan berbincang dengan suami jika ada projek baru.
Advertisement

Pelakon, Mimi Lana mengakui dirinya kini perlu berbincang mengenai pemilihan watak bersama suaminya, Syafiq Kyle sebelum menerima mana-mana tawaran berlakon.


 

Advertisement

Menurut Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, perubahan tersebut dibuat selepas dia bergelar isteri.


 

Perkara itu termasuk membabitkan adegan romantik bersama aktor Indonesia, Adipati Dolken dalam filem terbaharunya, Mojoku Hilang.

Advertisement


 

Bagaimanapun, Mimi menjelaskan bahawa babak tersebut telah dihasilkan sebelum dirinya berkahwin dengan Syafiq.


 

“Saya shooting filem ni pada Januari 2025 sebelum berkahwin. 


 

“Tapi selepas kahwin banyak juga perkara berbeza seperti keputusan pemilihan watak. 


 

“Dulu saya bukan isteri orang dan sekarang sudah berkahwin jadi perlu bertanya dulu kepada suami,” katanya kepada Gempak. 


 

Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Mojoku Hilang! yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada petang Isnin. 


 

Mengulas lanjut, Mimi berkata bahawa sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan bergenre romantik.


 

“Namun selepas kahwin ini saya tidak ada sebarang projek bergenre romantik komedi jadi belum ada apa-apa perbincangan dengan suami. 


 

“Cuma sekarang ini selepas kahwin ni apa yang saya boleh cakap apa-apa keputusan perlulah tanya kepada suami,” ujarnya. 


 

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sah bergelar suami isteri pada 14 Februari 2025.



 

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Must Watch Video

Advertisement