Skip to main content

Selebriti

Mira Filzah Perlahankan Rentak Kerjaya Lakonan, Ada Hasrat Nak Timang Cahaya Mata Kedua - “Saya Sudah Bersedia…”

Mira Filzah

Sekilas

  • Mira Filzah sudah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua dan berharap dipermudahkan rezeki dalam masa terdekat.
  • Dia merancang untuk memperlahankan rentak kerjaya lakonan bagi memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan anak sulungnya yang berusia empat tahun.
  • Mira dan suami, Wan Emir Astar, berkahwin pada 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2021.
Advertisement

Anak sulung sudah berusia empat tahun, pelakon Mira Filzah mengakui dirinya sudah bersedia sekiranya dikurniakan rezeki untuk menambah seorang lagi cahaya mata dalam masa terdekat.


 

Advertisement

Mira atau nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 33, berkata dia dan suami, Wan Emir Astar juga pernah berbincang tentang perkara tersebut.


 

“Saya sudah bersedia untuk ada seorang lagi anak. Saya rasa sekarang ini adalah masa yang agak sesuai untuk tambah ahli keluarga baharu.

Advertisement


 

“Anak sulung saya, Amir pun sudah berusia empat tahun dan tahun depan akan masuk lima tahun. Jadi mungkin ini waktu yang baik. Suami okay sahaja dengan perancangan ini. Dia kata semuanya bergantung kepada saya.


 

“Insya-Allah, kami memang berharap dikurniakan rezeki untuk anak kedua. Kami juga mohon doa daripada semua agar dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.


 

Dalam pada itu, Mira turut berkongsi hasrat untuk memperlahankan sedikit rentak kerjaya lakonannya bagi memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan anak yang sedang membesar.


 

Katanya, selepas menyelesaikan penggambaran projek terbaharu, dia merancang untuk berehat seketika memandangkan jadualnya sebelum ini agak padat.


 

“Saya bercadang untuk berehat lebih lama selepas ini sebab sejak tahun lepas saya terlibat dengan penggambaran tanpa henti.


 

“Sebagai ibu, saya rasa bersalah juga sebab anak sekarang sudah pandai bertanya kenapa saya tidak bermain dengannya atau ambil dia di sekolah.


 

“Amir anak lelaki seorang, tiada adik-beradik lain, jadi memang dia banyak bergantung kepada kami untuk bermanja. Kalau saya tidak terikat dengan penggambaran, memang saya yang akan ambil dia di sekolah. Kalau saya sibuk, ayahnya yang akan uruskan,” ujarnya.


 

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada September 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir pada 2021.

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Must Watch Video

Advertisement