Skip to main content

Misi Cari Mojo Bermula? ‘Sekawan Lembu’ Serbu Dataran Merdeka!

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Seramai 40 individu memakai kostum lembu hitam putih memeriahkan Dataran Merdeka sempena promosi filem Mojoku Hilang pada Ahad.
  • Mereka berarak dan berinteraksi dengan orang ramai menggunakan konsep 'lembu kampung bertemu orang bandar', menarik perhatian pengunjung untuk bergambar dan merakam video.
  • Filem Mojoku Hilang, lakonan Adipati Dolken, akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai dan mengisahkan misi seorang lelaki menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula seekor lembu yang menjadi rebutan.
Advertisement

Seramai 40 individu yang mengenakan kostum lembu hitam putih bagi memeriahkan suasana di sekitar Dataran Merdeka pada Ahad sempena promosi filem Mojoku Hilang.

Menerusi aktiviti tersebut, mereka dilihat berarak dan berinteraksi dengan orang ramai dengan konsep 'lembu kampung bertemu orang bandar', sekali gus mencetuskan suasana yang meriah dan menghiburkan.

Advertisement

Gelagat mereka turut menarik perhatian pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar dan video, malah ramai yang bergambar bersama kumpulan berkenaan.

Filem Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Bagaimanapun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Advertisement

Filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films itu dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman serta ramai lagi dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Must Watch Video

Advertisement