Skip to main content

“Mohon Berangkat Ke Neptune” - Kamal Adli Doa ‘Dida & Vida’ Berjodohan

“Mohon Berangkat Ke Neptune” - Kamal Adli Doa ‘Dida & Vida’ Berjodohan

Sekilas

  • Kamal Adli berseloroh mendoakan agar usahawan Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob berjodohan menerusi satu perkongsian di Threads.
  • Perkongsian Kamal mendapat perhatian warganet dan Fazley turut membalas dengan komen ringkas 'Aamin'.
  • Hubungan akrab Fazley dan Vida semakin hangat diperkatakan selepas mereka sering muncul bersama dalam program dan siaran langsung media sosial.
Advertisement

Pelakon, Kamal Adli mencuit hati ramai apabila berseloroh mengenai pasangan sensasi, usahawan Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Kamal secara spontan mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh.

Advertisement

"Semoga Dida dan Vida berjodohan. Bumi ini dah tak selamat untuk orang yang kesepian. Mohon berangkat ke Neptune dan singgah matahari kejap untuk caj telefon," tulisnya.

Perkongsian itu  menarik perhatian warganet, malah Fazley sendiri turut meninggalkan komen ringkas pada hantaran berkenaan.

"Aamin," balasnya.

Sebelum ini, hubungan Fazley dan Vida menjadi bualan ramai apabila mereka dilihat semakin akrab selepas menyertai program Talk To My Manager musim kedua.

Malah, kedua-duanya juga kerap muncul bersama dalam siaran langsung di media sosial sehingga menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan mereka.

Dalam masa sama, Vida turut mencuri perhatian apabila secara terbuka memanggil Fazley dengan panggilan manja, sekali gus membuatkan ramai peminat terus mengusik pasangan tersebut.

Terdahulu, panggilan ‘Dida’ yang digunakan Fazley terhadap anak-anaknya pernah mengundang kritikan segelintir netizen.

Bagaimanapun, Fazley menjelaskan panggilan itu tercipta kerana anak sulungnya ketika kecil tidak dapat menyebut perkataan tertentu dengan jelas, maka panggilan tersebut kekal digunakan sehingga hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement