Skip to main content

Mojoku Hilang: Alif Satar Mendonia! Tular Dengan Lagu Inikah Cinta - “Cover Dia Tak Pernah Mengecawakan”

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Alif Satar mencuri perhatian dengan nyanyian semula lagu Inikah Cinta bersama The Locos dalam filem Mojoku Hilang.
  • Video muzik tersebut menampilkan semua pelakon filem dan mendapat reaksi positif netizen yang teruja dengan persembahan Alif.
  • Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar untuk mendapatkan kembali lembu Mojo dan akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mencuri tumpuan ramai apabila tampil menyanyikan semula lagu Inikah Cinta nyanyian asal M.E bersama The Locos menerusi filem Mojoku Hilang.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Threads, suasana muzik video tersebut amat meriah dengan himpunan kesemua pelakon dalam filem tersebut.

Advertisement

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata teruja melihat nyanyian Alif.

“Cover dia tak pernah mengecewakan.

“Cutenya mereka ini.

Advertisement

“Lovenya lagu ini,” komen netizen.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement