Skip to main content

Mualim Muda: Mawi Nasihat Jaga Nama & Bijak Guna Platform - “Sebab Anda Bawa Imej Yang Baik…”

Mawi nasihat jaga nama

Sekilas

  • Mawi menasihatkan peserta Mualim Muda supaya menjaga tingkah laku dan imej kerana mereka membawa nama baik serta contoh kepada masyarakat.
  • Mawi mengingatkan peserta agar menggunakan platform program sebagai batu loncatan untuk membina kerjaya dan merancang hala tuju selepas tamat program.
  • Mualim Muda menampilkan 10 peserta yang akan diuji dalam kemahiran menyampaikan tazkirah, kepimpinan, dan komunikasi, dan akan disiarkan mulai 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima serta boleh distrim di Astro GO dan sooka.

Penyanyi dan penyampai radio ZAYYAN, Mawi menasihatkan para peserta program realiti, Mualim Muda agar sentiasa menjaga tingkah laku dan imej diri kerana mereka membawa nama serta contoh yang baik kepada masyarakat.

Berkongsi pengalamannya sebagai bintang program Akademi Fantasia (AF) suatu ketika dahulu, Mawi khuatir sekiranya ada diantara peserta program realiti berkemungkinan berdepan dengan kejutan budaya selepas populariti meningkat secara mendadak.

“Ini antara pengalaman saya, sebab kadang-kadang takut, tiba-tiba ada kejutan budaya.

“Jadi mereka kenalah jaga baik baik dan berhati-hatilah, sebab anda bawa imej yang baik dan nama yang baik, insya-Allah,” ujarnya.

Mawi berkata demikikan ketika ditemui di program Mualim Muda pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mawi juga berharap agar para peserta dapat menjadikan platform itu sebagai batu loncatan untuk membina kerjaya dan bijak merancang hala tuju mereka selepas tamat program.

“Program sebegini hanya platform sahaja, macam saya platform saya AF, jadi selepas itu anda kena pandai cari jalan sendiri.

“Program itu hanyalah platform untuk anda dikenali, jadi di situ anda sudah boleh kumpul followers.

“Apa yang patut kita bagi balik kepada followers. Macam Mualim Muda, mereka kena bagi sesuatu, macam mana nak ajak Gen Z, budak budak muda ini yang kita risaukan sebenarnya.

“Nak kena isi jiwa anak-anak kita ini. Jadi apa-apa pun lepas habis program ni, anda kena jaga diri baik-baik,” ujarnya.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. 

Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement