Skip to main content

Muaz Zabir Pernah Tunggu Artis Senior Lapan Jam

Astro Gempak 294

Sekilas

  • Pelakon Muaz Zabir pernah menunggu sehingga lapan jam di lokasi penggambaran kerana kelewatan seorang artis senior ketika dia baru dalam industri.
  • Sepanjang tiga tahun berlakon, Muaz sentiasa menepati masa dan menasihatkan agar semua pihak dalam industri menghormati masa antara satu sama lain.
  • Drama vertikal My Ramadan Love Story yang menampilkan Muaz dan pelakon lain mula ditayangkan di aplikasi P-Circle sejak 9 Mac hingga Hari Raya kedua.
Advertisement

Pelakon Muaz Zabir berkongsi pengalaman apabila pernah menunggu sehingga lapan jam di lokasi penggambaran gara-gara kelewatan seorang artis senior.

Menurut Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir, 29, kejadian tersebut berlaku ketika dia masih baharu dalam industri.

Advertisement

“Perkara ini pernah jadi masa saya baru sangat berlakon. Waktu itu saya tiada hak dan tidak faham lagi dunia industri macam mana.

“Saya pernah kena tunggu lapan jam sebab artis senior datang lambat, jadual pun berganjak. Sudah semestinya kena bagi watak utama dulu,” katanya.

Berkongsi lanjut, Muaz berkata sepanjang tiga tahun dia di dalam industri, dia memang sentiasa cuba menepati masa dan menghormati orang lain di set penggambaran.

Advertisement

“Alhamdulillah sepanjang tiga tahun saya berlakon, tak pernah ada aduan yang saya datang lambat sebab saya memang tak suka orang tunggu saya.

“Saya sendiri akan rasa cemas sampai berpeluh kalau orang tunggu saya di set,” ujarnya.

Tambahnya, sikap tidak menepati masa boleh menjejaskan kelancaran penggambaran terutama melibatkan pelakon.

“Saya tak mahu ganggu set kerana bila pelakon lambat, semua orang kena tunggu.

“Kalau kru lambat mungkin kerja masih boleh berjalan, tapi pelakon memang kena datang awal,” katanya.

Sehubungan itu, Muaz menasihatkan agar semua pihak dalam industri sentiasa menghormati masa antara satu sama lain.

“Hormatilah masa orang lain supaya orang lain pun boleh menghormati kita,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana drama vertikal My Ramadan Love Story.

Drama tersebut menampilkan barisan pelakon seperti Muaz Zabir, Ezzanie Jasny, Syarul Ezwan, Farah Nadiah dan Wan Raja.

My Ramadan Love Story yang mengandungi 32 episod mula ditayangkan menerusi aplikasi P-Circle sejak 9 Mac lalu sehingga Hari Raya kedua.

Anda mungkin berminat dengan

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Must Watch Video

Advertisement