Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Empat Minit Yang Merugikan", Zombi Tersingkir! Teruna Pun Tiada Rezeki

Mya Amri
12/03/2021 16:17 MYT
“Empat minit yang merugikan, akhirnya yang kita nampak adalah mesej sahaja,” - Itulah antara komen yang diberikan oleh Datuk Awie kepada kumpulan Zombi.

Zombi yang mengakui kekurangan mereka akhirnya dinobatkan sebagai bintang yang tersingkir di pentas Muzikal Lawak Superstar (MLS2) yang berlangsung sebentar tadi (Jumaat).

Selain Zombi, rezeki juga tidak berpihak kepada kumpulan Teruna di mana mereka juga diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu keenam.

Sementara itu, Heart pula dipilih sebagai penerima Superstar of The Week.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI
#Tersingkir #Zombi #MLS2 #Muzikal Lawak Superstar 2 #MLS2020 #TERUNA