Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kak Pom Ada Baby Eh? Agittew” – Sering Usap Perut Dan Makin Berseri, Ramai Teka Elly Mazlein Hamil

Mya Amri
11/03/2021 07:43 MYT
Penampilan penyanyi dan pengacara Elly Mazlein dalam program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang berlangsung minggu lalu menjadi perhatian netizen.

Bukan sahaja kerana wajah Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina ini kelihatan semakin jelita dan berseri malah busana yang digayakan juga turut diperkatakan netizen.

Lebih-lebih lagi apabila Elly dilihat kerap mengusap bahagian perutnya sewaktu siaran langsung MLS2 juga mencetuskan tanda tanya netizen.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)


Malah menerusi posting di akaun Instagramnya, rata-rata peminat menyuarakan persoalan tersebut di ruangan komen foto yang dimuat naik Elly ketika menggayakan busana berkenaan.




Selain itu, netizen juga menyatakan rasa gembira sekiranya Elly benar-benar hamil seperti yang disangka.

Bagaimanapun Elly masih belum memberikan sebarang reaksi mengenai perkara itu.

Jangan lupa saksikan MLS2 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.

Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.

Untuk info: Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat lalu selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.

Bagaimanapun MLS2 tetap mematuhi SOP yang ditetapkan dan berlangsung tanpa penonton.
#Elly Mazlein #MLS2 #Muzikal Lawak Superstar 2 #MLS2020 #Disangka Hamil
;