Muzikal Lawak Superstar 2
MLS2: “Dengan Rendah Hati Saya Mohon Maaf Atas Kekurangan” – Johan As’ari
Pelakon dan bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Johan As’ari akui masih belajar untuk memperbaiki kelemahan diri.
Johan menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program tersebut berangsung.
Coret Johan lagi, dia berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan dua anggota kumpulannya iaitu Ilham Abata dan Din Latah yang banyak membantunya.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT… Sungguh diri ini sangat berterima kasih dengan dua orang sobat yang mulia ini, Ilham Abata dan Din latah.
“Kami adalah kumpulan Teruna di dalam Muzikal Lawak Superstar. Terima kasih pada para juri, musican, tuan pengarah dan krew-krew yang terlibat dan tentunya tugas mereka lebih berat daripada kami.
“Terima kasih pada semua yang setia menyokong industri hiburan tanah air. Johan dengan rendah hati memohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan diri.
“Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT, diberkati dan juga dirahmati. Allahumma Ameen… Stay safe semua… Smile always,” tulisnya.
Minggu keempat menyaksikan Teruna menduduki tangga kedua terakhir dengan jumlah markah sebanyak 29.49%.
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI
Untuk Info: Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, MLS2 akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.