Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS2: Lebih Lima Kali Bottom 3, Rezeki Zuzuzu Berjaya Separuh Akhir! Mashuk Pula Tersingkir

Mya Amri
26/03/2021 18:00 MYT
Minggu kelapan Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) menyaksikan kumpulan Mashuk diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Bagaimanapun rezeki masih lagi berpihak kepada Zuzuzu yang berjaya melangkah ke pentas separuh akhir walaupun masih lagi berada di kedudukan tiga terendah minggu ini.

Dalam pada itu, kumpulan Viral diumumkan sebagai penerima Superstar of The Week kerana prestasi persembahan mereka yang semakin bagus.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI
#Tersingkir #Separuh Akhir #MLS2 #Muzikal Lawak Superstar 2 #Zuzuzu #Mashuk