“Saya Pernah Terguris Di Pentas Komedi” – Danial Zaini
Mya Amri
13/04/2021 04:31 MYT
13/04/2021 04:31 MYT
Juara Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Danial Zaini mengakui pernah terguris di pentas komedi.
Bagaimanapun kata Danial, kesakitan itu berjaya diubati selepas memenangi program MLS2 yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Menerusi coretan di akaun Instagramnya, Danial juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana tidak pernah jemu mendoakan kejayaannya.
“Ini untuk semua yang tidak yakin pada diri sendiri. Percayalah pada diri sendiri walaupun seribu menidakkan. Jika kita yakin InsyaAllah Allah akan buka kan jalan.
“Terima kasih buat ibu saya yang mendoakan. Terima Kasih buat @azmi_saat dan @ezadlazim adik beradik saya yang saya sangat sayang. Terima Kasih Astro. Terima Kasih managment saya @datuentertainment. Terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang mendoakan kejayaan kami.
“Saya pernah terguris di pentas komedi. Tapi hari ni terubat kembali bila orang terima saya melawak kembali. Terima Kasih Allah atas rezeki ini,” tulisnya.
BACA: Tepati Ramalan! Heart Juara Muzikal Lawak Superstar 2, Bawa Pulang RM150,000
Pentas final MLS2 menyaksikan kumpulan Heart diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Tempat kedua menjadi milik kumpulan U.N.I yang membawa pulang wang tunai RM75,000 sementara kumpulan Viral membawa pulang wang tunai RM50,000 sebagai pemenang tempat ketiga.
Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Viral yang memenangi hadiah wang tunai RM50,000
Janggo pula akur di tempat keempat dengan menerima wang tunai RM25,000.
Keempat empat finalis juga turut membawa pulang trofi.
Sementara itu, sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM10,000 didermakan kepada badan kebajikan yang dipilih iaitu Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah Semenyih.
Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin dan Nur Fazura manakala 50% lagi adalah undian.

#Danial Zaini
#Muzikal Lawak Superstar
#Heart
#MLS
#MLS2
#Muzikal Lawak Superstar 2
#Juara MLS2
#Kumpulan Heart