Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Throwback MLS2: Komen Pedas Juri Memang Berbisa! “Kalau Kami Tak Ketawa Macam Mana Nak Bagi Markah?”

Mya Amri
19/03/2021 09:12 MYT
Minggu keenam menyaksikan juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin dan Nur Fazura semakin tegas dalam menilai persembahan bintang-bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Ini kerana para juri mahu mereka menunjukkan peningkatan dari segi persembahan berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, minggu ketujuh menyaksikan dua penyingkiran berlaku iaitu kumpulan Zombi dan Teruna.

Imbas kembali persembahan MLS2 minggu lalu, ini merupakan komen-komen juri.


1. HEART (45.38%) - Zul Ariffin, 5 bintang (4 dari Zul, 1 dari hadiah minggu lalu)

“Sangat-sangat menghiburkan persembahan anda semua. Cuma saya pula yang sebagai penonton ni rasa macam masa itu terlalu suntuk untuk korang semua, kalau boleh saya nak tengok lebih lagi tapi tak apa. Sangat-sangat menghiburkan. Muzikal on point, semuanya on point. Dan kolaborasi anda satu team superb!"


2. JANGGO (43.60%) – Datuk Awie, 4 bintang


“Cerita santai yang best, lawak ada. Saya nampak ada peningkatan dari minggu lepas. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana menggembirakan kami,”


3. Zuzuzu (40.80%) – Fazura, 4 bintang

"Saya suka energi yang ada di atas pentas tu memang best energatik, mula-mula tu punchline macam kurang sikit macam ada yang jadi ada yang tak menjadi. Toward the end korang pickup balik persembahan korang, memang best terutamanya masa Zahid nyanyi, saya rasa itu sesutau yang sangat unik dalam persembahan anda, very good effort,"


4.Viral (39.93%) – Fazura, 4 bintang


"Minggu lepas best, minggu ini pun sangat best, persembahan yang menghiburkan punchline pun ada dari awal sampai akhir. Komedi best, muzikal best dan juga part bahan membahan antara anda tu juga best sebab disambut baik anatra satu sama lain, overall persembahan yang menghiburkan."


5. U.N.I (38.74%) – Zul Ariffin, 3 bintang

"Awal-awal tu nampak korang sedikit perlahan dan ada masa boleh diisi dengan banyak lagi punchline. Jalan cerita semua baik, saya dapat dia punya mesej,”


6. ABC (29.02%) – Fazura, 3 bintang

"Persembahan malam ini saya rasa menarik best, cuma punchline tu macam kurang, komedi pun kurang, longgar, saya rasa... I just wish ada banyak lagi punchline yang best-best, komedi pun mungkin boleh diperbesarkan, diperluaskan, namun percubaan yang baik, menghiburkan."


7. Puppet (27.91%) – Fazura, 3 bintang

“Persembahan anda pada malam ini adalah satu percubaan yang baik. Cuma dari segi punchline dan komedi itu memang tak ada. Adalah here and there pada mula-mula tu tapi memang overall sangat-sangat lemah. Dari segi muzikal pula not bad, saya rasa sangat kreatif. Mungkin boleh cuba lebih baik lagi."


8. Mashuk (26.55%) – Datuk Awie, 2 bintang

“Saya menonton sebuah drama yang sedap nyanyiannya tetapi saya tak nampak di mana lawaknya. Jadi saya sangat risau dengan nama-nama besar yang ada di atas ini akan kehilangan taringnya.

"Cuba cungkil lagi bagi kami ketawa dan kalau boleh kita tak perlu sangat nak bermesej-mesej, tumpukan tumpuan kepada memberi ketawa kepada penonton, khususnya kepada juri-juri ni.

"Kalau kami tak terhibur maka susah kami nak memberi markah. Saya minta maaf banyak-banyak, saya bukan pandai-pandai tetapi kita melihat secara terang-terang di sini jadi saya di samping itu juga memberi nasihat.

"Bagi seorang penonton kalau tak terhibur kami susah untuk memberi markah, apa pun terima, kasih atas usaha yang kuat, terima kasih banyak-banyak."


9. Zombi (23.63%) – Datuk Awie, 2 bintang


“Empat minit yang merugikan, akhirnya apa yang kita nampak adalah mesej sahaja. Ini pentas lawak yang kita perlu bertanding atas tiket lawak, memang ada muzikal dan sebagainya tapi bukan atas tiket mesej yang kita nak sampaikan.

"Kalau boleh fokus empat minit itu bagi kitorang ketawa, penonton ketawa saya rasa itu lebih afdal daripada kita nak memikirkan tentang nak bagi mesej. Saya minta maaf saya rasa ini pandangan, kalau juri tak ketawa macam mana juri nak bagi markah?

"Sepatutnya kita fokuskan bagi ketawa, penat penat atas tu berlari sana sini akhirnya yang faham hanyalah mesej sahaja. Saya minta maaf banyak-banyak mungkin saya terlebih cakap tapi itulah dia daripada hati saya, saya tak mahu lihat awak jatuh,"



10. Teruna (21.13%) – Zul Ariffin, 2 bintang

“Saya terus terang ya, Muzikal Lawak Superstar… Muzik ada tetapi muzikal punya performance not so, lawak kehilangan to be honest, superstar punya effort daripada segi preparation tiada.

"Ada effort daripada segi mesej, saya rasa anda kena bawa anda punya A game. InsyaAllah kalau ada minggu hadapan kerana anda berada dalam keadaan sangat-sangat bahaya bagi saya.

"Pacing bila terlalu laju agak terbabas untuk beri punchline, bila pacing terlalu slow berkira-kira nak bagi punchline. Terima kasih atas usaha anda semua Saya jujur jangan marah,"


Jangan lupa saksikan MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI

#MLS2 #Muzikal Lawak Superstar 2 #MLS2020 #Recap Dan Markah Juri #Throwback MLS2