Muzikal Lawak Superstar 2

“Yang Masih Ada Please Jaga Sebaiknya” – ‘Sakit’ Masih Terasa, Achey Rindu Arwah Bapa

gempak
Mya Amri
23/03/2021
09:00 MYT
Sponsor Banner
“Yang Masih Ada Please Jaga Sebaiknya” – ‘Sakit’ Masih Terasa, Achey Rindu Arwah Bapa
Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Achey akui mengambil masa untuk membiasakan diri dengan pemergian bapa kesayangannya, Hamzah Salam.
Achey menerusi perkongsian di hantaran terbaharu akaun Instagramnya menyatakan kehilangan bapanya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.
“Jangan risau aku akan move on... Tapi bagi aku masa... Ianya bukan pemergian yang kecil bagi aku... Redha sudah cuma terasa bakti belum cukup... Yang masih ada please jaga sebaiknya…” kongsi Achey.
Menerusi satu lagi hantaran, Achey juga berpesan kepada yang masih lagi mempunyai ibu bapa untuk menghargai orang tua mereka.
“Pesanan... Yang masih ada... jaga sebaik mungkin... Berbakti sebanyak mungkin... Cipta memori bersamanya sepadat mungkin… Percayalah kesannya bukan mungkin tetapi PASTI...” coretnya.
BACA: “Tiada Lagi Abah…” – Bapa Achey Meninggal Dunia
Bapa Achey disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor pada Khamis.
Terdahulu, Achey mendapat berita mengenai bapanya dikejarkan ke hospital dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketika menerima berita tersebut, Achey sedang menjalani latihan dan ‘content check’ bersama ahli kumpulan Mashuk sebagai persiapan untuk persembahan di Muzikal Lawak Superstar (MLS2) pada Jumaat.
Sebaik sahaja menerima berita tersebut Achey bersama isteri dan anak bergegas ke Hospital Segamat, kira-kira jam 2 petang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live