Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Apa Kata Sekali-Sekala Cuba Hargai Usaha Pelawak”– Dilabel Tak Kelakar, Kroni Bidas Netizen

Mya Amri
22/07/2019 10:40 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar, Kamal membidas dakwaan netizen yang mengeluarkan kata-kata kurang enak kepada kumpulan Kroni.

Menurut Kamal, netizen tidak patut meletakkan menilai atau meletakkan label ‘tak kelakar’ tidak kira sama ada kepada KRONI mahupun pelawak-pelawak di Malaysia tanpa mengetahui usaha yang mereka lakukan.

“Saya tujukan ini khas buat mereka yang memberikan komen ‘tak kelakar’… Anda perlu memahami atau menghargai usaha pelawak-pelawak di Malaysia.

“Apa yang mereka tahu, mereka mahukan sajian yang diberikan itu membuatkan mereka ketawa, itu sahaja.

“Tapi apa kata sesekali-sekala kita ambil satu pendekatan lain, kita hargai pelawak-pelawak ini kerana usaha mereka, pengorbanan mereka dengan tak tidurnya mereka demi untuk membuat anda semua ketawa,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Mengulas mengenai penyingkiran Kroni, mereka memberitahu masih lagi mencari rentak untuk setiap persembahan.

“Apabila membuat kumpulan baru semestinya untuk bina keserasian haruslah bermula dari bawah. Tidak bermakna kami tidak mempunyai keserasian tetapi untuk mewujudkan perkara itu tidaklah semudah yang dijangka.

“Lagi satu, lebih kepada momentum. Kami masih lagi tercari-cari momentum persembahan. Setiap program momentumnya tidak sama begitu juga MLS.

“Memang sangat mencabar, bukan bermakna kami tidak membuat ulang kaji, tidak. Tetapi kami akui masih lag tercari-cari rentak yang persembahan yang bersesuaian,” jelasnya.

Minggu keempat Muzikal Lawak Superstar (MLS) menyaksikan penyingkiran kumpulan KRONI yang dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.

Kroni tersingkir selepas menduduki tangga terbawah dan memperolehi markah terendah iaitu 13.34%.

MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.
#Muzikal Lawak Superstar #Kroni
;