Momen MLS: Katil Patah, Vicha Adik Giant & Seluar Londeh Wan Gegau
Mya Amri
22/07/2019 10:33 MYT
22/07/2019 10:33 MYT
Minggu keempat Muzikal Lawak Superstar (MLS) menyaksikan penyingkiran kumpulan KRONI yang dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.
Kroni tersingkir selepas menduduki tangga terbawah dan memperolehi markah terendah iaitu 13.34%.
Manakala kumpulan yangt mendapat mata tertinggi minggu ini jatuh kepada TITANS dengan 54.99%.
Selain pengumuman tersebut, terdapat pelbagai lagi momen manis dan lucu berlaku sepanjang program bersiaran yang mungkin penonton dirumah tidak tahu antaranya:
1. Sebelum persembahan bermula, juri tetap MLS Nora Danish mencuri tumpuan apabila tampil cantik dengan busana negeri Sabah. Oh kalau nak tahu tema minggu keempat adalah negeri/loghat.
2. Paling havoc apabila katil kumpulan HEART patah sewaktu membuat persembahan! Azmi dan Ezad terpaksa menahan ketawa. Tak sangka katil mereka nak patak agaknya.
3. Gaya rambut Nabila Huda menarik perhatian Nabil dan dengan spontan Nabil berkata, “Rambut kau dah macam Annabelle,”
4. Paling comel bila Vicha nak sebut loghat nogori, tergeliat-geliat lidahnya.
5. Nabil bergurau dengan Vicha dan mengusik penampilannya sama seperti adik Giant iaitu Hana, karakter animasi popular, Doraemon.
6. Nabil juga secara spontan berkata, “Nasib Andi Bernadee tak datang kalau tidak lengkap dah ada Suneo”.
7. Sewaktu siaran iklan, Nabil mengusik Nabila lagi dengan berkata “Muka kau macam kucing yang pakai tembikai tu,”. Nabila yang tidak dapat menahan gelak dan terus ketawa.
8. Lagi satu peristiwa lucu berlaku apabila kerusi yang diduduki oleh Wan Gegau (WASAP) tiba-tiba patah.
9. Tidak cukup dengan itu... Sewaktu Wan Gegau menari, seluar yang dipakainya londeh. Apa lagi, tergelaklah penonton dalam dewan.
10. Nabila Huda bergurau, katanya tak boleh fokus kerana perutnya terlalu lapar dan terkenang mihun goreng secara tiba-tiba. Aduh Abil ni kelakar la, ada sahaja perangainya.
Selain Nora, Datuk Awie dan Altimet juga merupakan juri tetap Muzikal Lawak Superstar manakala Nabil dan Nabila Huda diberi tanggungjawab sebagai hos program berkenaan.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.