Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Muzikal Lawak Superstar 2019

“Persembahan Bingit di Muzikal Lawak Superstar,? Kami Akan Perbaiki” – Sharul Kamal

Mya Amri 05/07/2019 | 08:37 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar, Sharul Kamal memberitahu akan memperbaiki persembahan kumpulannya, SEP yang turut dianggotai oleh Eyya dan Pinky ML untuk minggu kedua.
Menurut Sharul, mereka bertiga masih kurang pengalaman dan berasa sedikit gementar ketika membuat persembahan minggu lalu.
“Kami masih baru dalam industri lawak, lebih-lebih lagi saya. Untuk Muzikal Lawak Superstar ini, kita pun tahu nama superstar itu pun satu nama yang besar.
“Jadi apabila terpilih untuk memasuki program ini pun saya dah rasa sangat bersyukur dan berbesar hati.
“Sketsa itu kami sudah pun membuat latihan namun bagi saya ini semua adalah lumrah untuk kami yang masih baru dan kurang pengalaman.
“Sedikit gementar dan perkara itu sedikit sebanyak memainkan peranan untuk persembahan yang orang komen bingit.
“Komen-komen orang itu normal, persembahan bingit? Insya- Allah kami akan perbaiki untuk minggu ini,” jelasnya kepada Gempak.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.
#Penyanyi #Penyanyi #Sharul Kamal #Muzikal Lawak Superstar
;