Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Selepas 5 Hari Akhirnya Zayyan Kena Warded Juga” – Anak Fad Bocey Masuk Hospital

Mya Amri
19/07/2019 09:29 MYT
Anak lelaki bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS), Fad iaitu Favian Adrazin Zayyan telah ditahan wad semalam.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Nur Syahirah A. Rahman menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“After 5 days finally Zayyan kena warded juga. Doakan Zayyan cepat-cepat sihat dan ucapan takziah buat @anne_achey dan @acheykintangkintung serta keluarga.

“Moga Allah tempatkan ayah dikalangan orang yang beriman, maaf kami tak dapat ke sana. Moga terus kuat.

“Malam ni jangan lupa tengok Muzikal Lawak Superstar. Doakan daddy dengan kawan-kawan dapat buat yang terbaik. Insya-Allah,” tulisnya.

After 5 days finally zayyan kena warded jgk .doakan zayyan cpt2 sihat .dan ucapan takziah buat @anne_achey dan @acheykintangkintung serta keluarga .moga Allah tempatkan ayah dikalangan org yg beriman .maaf kami tk dpt kesana .moga terus kuat . . Malam ni jangan lupa tengok muzikal lawak superstar .doakan daddy dgn kwn2 dapat buat yg terbaik .❤️❤️❤️ .insyaAllah

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Zayyan.

“Get well soon Zayyan! Sedih je muka dia,” tulis @ fatihahkairi23

“Get well soon Zayyan... Mommy daddy be strong ya,” tulis @ninamegat

Fad dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

Dalm perkembangan terbaru, Fad juga merupakan bintang MLS bersama Atu dan Fakhrul UNIC yang membentuk kumpuln UNI.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
#Fad Bocey #Muzikal Lawak Superstar