Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Al-Fatihah… Ibu Chiwan Chilok Meninggal Dunia

Mya Amri
25/07/2022 15:15 MYT
Ibu kepada pelawak dan bintang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Chiwan Chilok, Rokiah Salam meninggal dunia.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Chiwan menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Menurut Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri memaklumkan ibunya menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.05 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Mak saya meninggal dunia, pukul 11.05 pagi di HUKM. Al-Fatihah Rokiah bt Salam,” coretnya.

A post shared by CHIWAN_CHILOK (@chiwan_chilok)

Chiwan juga mengucapkan rasa syukur apabila segala urusan pengebumian arwah ibunya dipermudahkan.

“Alhamdulillah semua dipermudahkan dengan izin Allah. Mak dah selamat dikebumikan,” maklumnya.

Dalam pada itu, pelawak Sharif Zero juga berkongsi sekeping foto Chiwan di tanah perkuburan menerusi Insta Stories miliknya.

Sebelum ini Chiwan pernah memaklumkan ibunya terpaksa ditidurkan kerana masalah jangkitan kuman pada paru-parunya.

#Chiwan Chilok #Ibu Meninggal Dunia #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3