Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Buat Yang Terbaik, Hari-Hari Mak Doakan..." - Chiwan Sebak Teringat Pesanan Arwah Ibu

Mya Amri
30/07/2022 12:50 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Chiwan masih mencari kekuatan untuk membuat persembahan selepas kehilangan ibu tercinta baru-baru ini.

Menurut Chiwan, setiap pertandingan yang disertainya pasti mendapat sokongan dan restu ibu tersayang.

“Setiap pertandingan yang saya masuk, setiap kali saya keluar rumah je saya akan cakap mak jangan lupa doakan abang malam ni,” kongsinya.

Namun apa yang membuatkan Chiwan bertambah sebak adalah hasrat ibu untuk melihat dirinya berjaya melangkah sehingga ke pusingan akhir.

“Mak saya cakap hari-hari mak doakan abang, buat yang terbaik. Mak nak sangat abang masuk final.

“Sebab saya dalam program Astro tak pernah masuk final, paling kuat pun semi final dua tiga kali atau suku akhir.

“Jadi saya ambil kata-kata mak, buat yang terbaik, cari rezeki yang baik. Sebab saya juga banyak membantu keluarga dengan hasil apa yang saya dapat.

“Kiranya saya dengan mak saya agak rapat… Sangat-sangat rapat. Sebenarnya kalau nak bercerita mengenai mak ni saya akan sebak, jadi macam itu sahajalah,” ujarnya ketika ditemui Gempak sejurus selesai MLS3 minggu kedua.

Mengulas mengenai kumpulan Ood, jelas Chiwan pada mulanya dia hanya hadir untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak memberikan sokongan kepadanya.

Bagaimanapun Chiwan kemudiannya berubah fikiran setelah mendapat kekuatan daripada dua anggota kumpulannya iaitu Zahid dan Man untuk turut serta membuat persembahan di saat akhir.

“Kalau nak ikutkan nak melawak atas pentas itu memang tak ada kekuatan sebenarnya. Tetapi saya nak tunjuk walaupun kami ini pelawak sebenarnya kami kuat.

“Saya memang tak boleh nak melawak tetapi saya datang untuk beri sokongan. Mereka berdua inilah yang menguatkan saya untuk naik ke pentas.

“Sebenarnya saya hanya sekadar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sedekahkan Al-Fatihah untuk mak saya tapi saya jadi sebak sebak Man dia dah sebak dulu ketika itu.

“Kalau tidak saya nak kuat lagi tapi Man dah sebak dulu, saya dekat belakang pentas dah rasa koyak. Kekuatan saya mereka inilah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Chiwan menyatakan akan turut serta dalam persembahan seperti biasa pada minggu hadapan.

“Insya-Allah, saya kena ambil kekuatan daripada mereka berdua, kawan-kawan, keluarga dan juga mereka yang banyak memberikan sokongan pada saya.

“Kalau ikutkan minggu kedua ini pun saya tidak mahu datang sebab saya tidak ada kekuatan, tetapi dengan adanya kekuatan Zahid dan Man, saya datang.

“Insya-Allah, minggu hadapan kita akan membuat persembahan seperti biasa,” katanya.

BACA: Al-Fatihah… Ibu Chiwan Chilok Meninggal Dunia.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi layari https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Meninggal Dunia #Ibu Meninggal Dunia #Pesan Ibu #Chiwan #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #OOD
;