“Dah Kaya Tu Kayalah, Jangan Lacur Industri Kami!”- Datuk Awie Mohon Selamatkan Industri Muzik
Mya Amri
22/08/2022 22:31 MYT
22/08/2022 22:31 MYT
Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir pengasas kosmetik yang memberikan impak negatif terhadal industri seni.
Menurut Awie, tindakan mereka itu ibarat ‘melacurkan’ serta merosakkan industri seni tanah air.
“Jangan hancurkan industri ini, kami perlukan industri ini untuk survive. Kalau tak ada lagi industri ini kami nak cari makan dekat mana sebenarnya?
“Korang dah kaya, korang kayalah, kami pun tak pernah minta satu sen duit anda. Cuma kami minta jangan lacur di industri kami. Itu sahaja!
“Lebih 30 tahun berada dalam industri ini, saya sayang sebab ini industri yang beri saya makan, yang besarkan anak, isteri saya, yang bagi ibu bapa saya pergi Makkah, yang hidupkan saya, bagi pekerja-pekerja saya makan.
“Kalau industri ini rosak bagaimana dengan mereka yang berada di bawah tanggungan saya dan juga yang baru nak naik?” tegasnya ketika ditemui Gempak selepas selesai MLS3 minggu keempat.
Terdahulu, kemunculan lagu baharu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Baby Sayang dianggap sebagai perosak industri muzik.
Dalam perkembangan lain, Awie merupakan juri tetap Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) bersama Siti Saleha dan Najip Ali.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak. com/muzikal-lawak-superstar- 2022
#Kontroversi
#Datuk Awie
#Isu
#Muzikal Lawak Superstar
#Muzikal Lawak Superstar 3
#Muzikal Lawak Superstar 2022
#MLS3
#Industri Muzik