Muzikal Lawak Superstar 2022
MLS3: “Ate Eh, Ate Eh” - Penangan Namie, Lagu Aku Stope Siap Ada Yang Buat Ringtone!
Baru sahaja memasuki minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), namun nama anggota kumpulan UBI iaitu Namie kembali menjadi sebutan wargamaya.
Jika minggu pertama Namie membawakan watak sebagai ‘orang British’ dalam parodi Mat Kilau di pentas MLS3, untuk minggu kedua lain pula ragamnya.
Namie membawakan karakter viral dan menukar namanya menjadi Stope.
Paling melucukan apabila bait rangkap lagu yang dinyanyikan secara gagap oleh Namie iaitu “ate eh, ate eh, ate eh” sebelum memulakan nyanyian penuh menjadi kesukaan wargamaya.
Disebabkan itu juga wargamaya mula membuat parodi di platform TikTok dengan menggunakan lagu tersebut.
Paling tidak disangka, disebabkan terlalu menyukai lagi itu, ada di antara mereka menjadikan lagu tersebut sebagai ringtone. Epik kan?
Jadi bagaimana pula dengan minggu ketiga? Apa pula agaknya karakter bakal di bawakan Namie bersama UBI yang juga dianggotai oleh Fad Bicey dan Sharif Zero.
Sama-sama kita nantikan.
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi layari https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Eh belum ada Astro? Mudah je guys... Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838.. Hanya Rm59.99 Sebulan. Senang kan?
Must-Watch Video