Muzikal Lawak Superstar 2022
MLS3: “Bahan Kaw Kaw Atau Bawa Saya Naik Pentas” - Iqbal Tak Kecil Hati Tapi Setuju Teguran Datuk Awie
Selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli akhirnya memberikan respon mengenai isu namanya sering dipetik untuk dijadikan bahan jenaka.
Iqbal menerusi satu posting di ruangan Instagram Story miliknya menyatakan tidak terasa hati dengan perkara itu.
Namun Iqbal mengakui bersetuju dengan teguran Datuk Awie terhadap segelintir pelawak yang masih lagi menggunakan namanya sebagai konten untuk sketsa mereka dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS3) baru-baru ini.
“Saya bersetuju dengan teguran abang @awieofficial. Bahagian saya, tidak kisah pun mahu sebut atau guna saya sebagai bahan lawak.
“Sedikit pun saya tidak terasa. Cuma jika tidak berbaloi untuk lawak, takut orang jadi bosan. Kalau mahu bahan saya, bahan kaw kaw baru jadi.
“Atau bawa saya sekali naik pentas. Bahan depan-depan saya okay sahaja. Apa pun saya support semua dari belakang. Semoga jumpa nanti,” coretnya.
Terdahulu, juri tetap Muzikal Lawak Superstar (MLS3), Datuk Awie memberi teguran terhadap para bintang yang mengulang konten sama setiap minggu.
Di mana masih ada lagi bintang yang menggunakan isu Iqbal dan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri di pentas Separuh Akhir MLS3.
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad manakala Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Must-Watch Video