Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: Beby Acha, Shiha Zikir, Najua P. Ramlee Jadi Peserta, Muzikal Lawak Superstar Kini Kembali

gempak
Shahrin Zulkifle
13/07/2022
12:30 MYT
Sponsor Banner
MLS3: Beby Acha, Shiha Zikir, Najua P. Ramlee Jadi Peserta, Muzikal Lawak Superstar Kini Kembali
Program Muzikal Lawak Superstar kini kembali untuk musim ke-3.
12 kumpulan bakal memulakan cabaran sengit yang pastinya akan mewarnai malam Jumaat para penonton Astro.
Nama-nama regular seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta pemenang Top-Top Meletop Wanita, Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini.
Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi akan berperanan sebagai hos Muzikal Lawak Superstar. Beliau bakal digandingkan dengan hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.
Manakala barisan juri masih diketuai Datuk Awie yang akan didampingi muka-muka baharu termasuk pelakon dan model tersohor, Siti Saleha dan personaliti serta hos Singapura popular, Najip Ali.
Menurut pengurus saluran Astro Warna, Idlan Zahari, uniknya edisi kali ini ramai wajah baru yang akan diberi peluang untuk menonjolkan bakat masing-masing
"Keunikan utama yang menjadi paparan untuk musim ketiga Muzikal Lawak Superstar adalah kepelbagaian dalam pemilihan peserta-peserta.
“Rama muka-muka baharu yang bukan berasal daripada industri hiburan digandingkan dengan muka-muka otai dan senior baik dari segi dunia lakonan mahupun dunia komedi.
“Pemilihan muka-muka baharu in melambangkan kemahuan saluran Astro Warna dalam menarik golongan muda ke saluran kami.
“Demografik in amat penting untuk pihak kami dalam mengembangkan sasaran penonton di Astro terutamanya untuk genre komedi atau sketsa komedi secara khususnya,” kata Idlan.
Idlan ditemui ketika Majlis Sidang Media Muzikal Lawak Superstar 3 yang bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, siang tadi.
Memilih elemen rumpun Melayu sebagai konsep utama pertandingan kerana tema itu dilihat mampu menggabungkan muzik, lakonan dan komedi lantas menyatukan penyanyi, pelawak, pelakon dan personaliti media sosial yang lain.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM25,000.
Format Rancangan
12 kumpulan yang terdiri daripada kombinasi pelawak, selebriti serta KOLs akan bersaing untuk meraih kejuaraan komedi muzikal yang terhebat di Malaysia.
Cabaran mingguan akan diberikan berdasarkan lokasi dan peserta-peserta harus menyediakan persembahan mereka dengan apa yang ditetapkan. Peserta-peserta diberikan kebebasan untuk menghasilkan karya mereka dengan apa jua jalan cerita namun penceritaan sketsa mereka haruslah berlatarbelakangkan lokasi tersebut.
Pemenang mingguan diberikan peluang untuk memilih MYSTERY REWARD termasuk pemilihan live props, giliran persembahan, satu star advance dan giliran komen daripada juri. Manakala kumpulan yang tersenarai sebagai bottom 3 perlru mempersembahkan lagu denda yang akan ditetapkan.
Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan memberi komen dan STAR (Bintang) untuk persembahan mereka. Bintang maksimum adalah 5 untuk setiap juri bagi setiap persembahan.
Penjurian pihak juri merangkumi 50% daripada permarkahan keseluruhan. Manakala 50% yang selebihnya datang daripada undian dalam talian. 20 kredit diberikan untuk setiap pengundi bermula hari Sabtu hingga Khamis dan 50 kredit akan diberikan kepada mereka pada hari Jumaat. Pengundi boleh melayari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Kesemua markah juri dan undian dalam talian akan dijumlahkan untuk menentukan pemenang mingguan serta bottom 3. Kumpulan yang mendapat markah terendah akan disingkirkan.
Peserta
1. Kumpulan Bahroy: Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan & Roy Azman
2. Kumpulan Ood: Man Rl, Chiwan & Zahid
3.Kumpulan Arteh: Has, Dewa & Qody
4. Kumpulan Benjo: Noxx Hazwan, Filzah Azmi & Kinjo
5.Kumpulan Sobat: Che Mat, Najua P. Ramlee & Dd Chronicle
6.Kumpulan Wisel: Wan Gegau, Salman Al-Farisi & Iskandar Norzaman
7.Kumpulan Abioso: Sarip, Amin & Puspa Gomen
8. Kumpulan Ngam: Achok Chilok, Wan Wala & Aya Amiruddin
9. Kumpulan Ubi: Fad Bocey, Sharif Zero & Name
10. Kumpulan Joki: Gomok Gahai, Fuad Nasirr & Beby Acha
11. Kumpulan Selit: Ajo, Azmir Aziz & Shidi Data
12. Kumpulan Cili: Ali Puteh, Achey & Shiha Zikir
Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil mulai 22 Julai, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, a boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live