Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

MLS3: Cili Tunjuk Taring! Jauh Betul Tinggal - Ini Markah Penuh & Recap Komen Juri Minggu Suku Akhir

Mya Amri
11/09/2022 06:45 MYT
Minggu suku akhir Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan penyingkiran kumpulan NGAM.

Manakala CILI pula mengekalkan kedudukan nombor satu dan sekaligus menjadi penerima Superstar Gempak of The Week sekali lagi.

Minggu ini para bintang diberikan dua tugasan dan juga persembahan bersama tetamu jemputan.

Lokasi pusingan pertama adalah Hotel dan Resort manakala untuk lokasi kedua pula adalah Pusat Perubatan dan Pemulihan.

Format penjurian juga telah ditukar kepada 75% juri dan selebihnya secara online.

Mungkin ada yang terlepas pandang, jom imbas kembali komen-komen padu juri di minggu kelapan.

1. CILI - Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir (71.04%)

Persembahan pertama:

“Best! Best! Best! Sangat menghiburkan, tenaga korang, terima kasih bagi idea yang fresh dan luar biasa,” - Siti Saleha (4 bintang)

Persembahan kedua bersama Yoe Parey

“Anda pandai menggunakan teknik-teknik, taktik-taktik menghiburkan melalui pakaian, mimik, kadang-kadang muzik dan sekarang memilih seseorang yang tepat untuk rancangan ini.

“Kadang-kadang teknik awak sangat menyengat kadang-kadang juga miss the point. Tapi bagaimanapun awak bertiga ini sangat berbakat, mantap bila melakukan sesuatu.

“Komitmen anda pada diri sangat-sangat saya hargai,” - Najip Ali (4 bintang)

2. UBI - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie (62.13%)

Persembahan pertama:

“Anda bertiga sangat-sangat versatil, konsisten dalam memberikan yang terbaik untuk pentas ini.

“Kalau anda konsisten bukan sahaja anda berjaya, ini juga akan membina nama UBI beyond this competition,” - Najip Ali (4 bintang)


Persembahan kedua bersama Fattah Amin

“Tahniah UBI satu persembahan yang best, lakonan best, walaupun ulang idea minggu satu tapi ini sequel ada Fattah Amin ya.

“Bagus, sungguh terhibur ada Fattah, dengar Fattah menyanyi, menari. Saya nak cakap good luck untuk anda sebab anda tahu anda memang kuat. Keep up the momentum,” - Siti Saleha (4 bintang)

3. OOD - Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid (54.89%)

Persembahan pertama:

“Setiap minggu bagi persembahan yang kuat, momentum yang bagus. Keep it up kalau rezeki sampai ke final,” - Siti Saleha (4 bintang)

Persembahan kedua bersama Syanie

“Susah sikit saya nak bagi komen sebab seolah-olah ada isu body shaming yang susah kita nak teroka benda itu.

“Saya rasa kalau boleh next time jangan buatlah cerita-cerita macam ni, banyak lagi cerita lain yang ada. Tapi macam mana pun percubaan yang bagus,” - Datuk Awie (3 bintang)

4. BAHROY - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic (53.92%)

Persembahan pertama:

“Minggu lalu kita sangat terpegun dan kagum dengan persembahan anda, dapat 5 stars. Ini menunjukkan bahawa anda boleh menjadi kalangan terbaik di pentas ini saya rasa.

“Saya tak mahu komen banyak, saya hanya mahu katakan anda harus teruskan kepercayaan, keunikan, bakat anda kerana itulah saya lihat.

“Saya rasa itu jugalah yang akan membawa anda ke final nanti. Lebih berani ambil risiko lawak. Kalau fikir tak kelakar pun cuba,” - Najip Ali (4 bintang).

Persembahan kedua bersama Marisa Yasmin

“Saya suka sangat, comel walaupun jalan cerita simple tapi tempo, punch line best, komedi ada. Kak Marisa lawa,” - Siti Saleha (3 bintang).

5. ARTEH - Has, Dewa, Qody Rany (39.37%)

Persembahan pertama:

“Memang agak payah nak bagi cerita baharu dengan dua orang yang sepatutnya tiga. Agak struggle juga di situ.

“Apa yang saya nampak, cuba jangan terlalu high pitch sangat. Terjerit-jerit ni kita kurangkan sedikit dan cuba fokus dengan apa yang kita cuba nak buat. Jangan terlalu over doing, tenang.

“Perkara paling penting untuk ARTEH, cuba keluar daripada kepompong keselesaan yang ada sekarang ni,” - Datuk Awie (3 bintang)

Persembahan kedua bersama Ruminah Sidek (Mak Mah)

“Mak Mah terima kasih kerana berada di sini. ARTEH untuk menghiburkan bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Apa pun terjadi malam ini anda berdua, Has dan Dewa mempunyai chemistry yang baik. Teruskan melawak dan berada di industri ini,” - Najip Ali (3 bintang)

6. NGAM - Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin (36.15%)

Persembahan pertama:

“Ini mungkin cerita yang pertama, mungkin agak susah minggu ini kerana dua cerita nak dibawakan dalam satu pementasan.

“Saya berharap cerita yang kedua boleh lawan cerita yang pertama. Insya-Allah,” - Datuk Awie (3 bintang)


Persembahan kedua bersama Liza Abdullah

“Terima kasih Liza memeriahkan pentas ini. Saya nampak NGAM agak struggle minggu ini. Tidak seperti minggu lepas tapi mungkin awak penat agaknya, dua benda nak kena cari dalam satu pementasan.

“Tapi macam mana pun struggle anda, anda berjaya dapat kak Liza yang menceriakan pentas ini. Tahniah,” - Datuk Awie (3 bintang).

BACA: MLS3: NGAM Tersingkir, Hasrat ke Separuh Akhir Tidak Tercapai

MLS3 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad ini menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Recap Komen Juri #Markah Penuh #Muzikal Lawak Superstar #Recap Dan Komen Juri #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3
;