Muzikal Lawak Superstar 2022
MLS3: “Kadang Orang Kata Buat Sebab Cucu P.Ramlee”- Nafi Dakwaan Netizen, Najua Suka Cuba Benda Baru
Bintang Muzikal Lawak Supaerstar 3 (MLS3), Najua P. Ramlee akui suka mencuba sesuatu yang baru dan tidak terhad kepada satu bidang kerjaya sahaha.
Kata Najua, tujuan dia menyertai program MLS3 adalah kerana kehendaknya sendiri dan bukannya kerana gelarannya sebagai cucu bintang lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya jenis orang yang tidak akan mudah mengalah dalam apa-apa pun. Kadang-kadang orang kata saya buat benda ni sebab oh saya ini cucu P. Ramlee.
“Sebenarnya bukan. Ini adalah usaha saya. Bukan nak cuba semua benda tapi sebab dulu pun saya ada belajar teater.
“Jadi semua benda ini pun ada kena mengena dengan kerjaya saya. Jadi bila dapat peluang kita cuba,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai penyingkiran kumpulan Sobat, Najua menganggap perkara itu sebagai adat pertandingan.
“Saya tak ada rasa sedih ke ralat ke sebab bagi saya benda ini adat pertandingan jadi kita kena sentiasa bersedia.
“Jadi daripada awal pun saya bersedia, yang penting saya sedar diri yang saya baru dalam bidang lawak.
“Baru nak mengenal jadi saya tak kisah terkeluar sebab itu adat,” ujarnya.
Selain Najua, Sobat yang dianggotai oleh Che Mat dan Dd Chronicle ini berada di tangga terakhir dengan markah sebanyak 24.79%.
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi layari https://rancangan. gempak.com/muzikal-lawak- superstar-2022
Must-Watch Video