MLS3: Namie Umum Berhenti Jadi Guru, Mahu Fokus Industri Seni - “Sejak Kecil Nak Jadi Selebriti”
Azwa Rahman
24/09/2022 11:39 MYT
24/09/2022 11:39 MYT
Juara Muzikal Lawak Superstar 3, Namie dari kumpulan UBI mengumumkan dirinya kini tidak lagi bergelar seorang guru bagi memberikan tumpuan untuk bergelar anak seni.
Menurut Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, dia sudah meletakkan jawatannya sebagai pendidik sejak Mac lalu kerana mengimpikan untuk menjadi seorang selebriti sejak kecil lagi.
Malah anak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan ini memohon maaf jika selama ini terpaksa merahsiakan perkara tersebur daripada pengetahuan peminat.
“Sejak kecil, impian saya untuk menjadi seorang selebriti bukannya cita-cita yang main-main. Dia tahap saya pandang seseorang dalam TV, saya bercakap dengan diri sendiri, saya nak jadi macam dia.
“Saya minta maaf sebab saya sembunyikan benda ni, saya sebenarnya dah lama berhenti menjadi seorang guru sebab saya nak mengejar niat dan impian saya bekerja dalam industri seni. Lagipun saya tak mahu kacau mental saya, privasi saya, saya mohon maaf.
“Saya tolak tepi tohmahan orang yang kata saya tak sayang pencen, tak sayang itu, tak sayang ini. Selama ini pun kalau ada kecaman, saya tak pernah balas.
“MLS3 bukan punca saya berhenti kerjaya sebagai guru sebab dari bulan Mac lagi saya sudah meletakkan jawatan sebagai guru,” ujarnya kepada Gempak.
Namie ditemui pada majlis sidang media MLS3 yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Jumaat.
Anggota kumpulab UBI bersama Syarif dan Fad ini juga memohon para penerbit drama, filem malah semua peminat untuk menerima kehadirannya dalam persada seni tanah air.
“Sejujurnya saya tak menyesal berhenti kerjaya lama sebab inilah yang saya nak, sekarang ini. Ada yang kata saya nak kejar populariti, salah tu. Apa yang saya nak kejar adalah job.
Dapat platform MLS3 ni memang tepat. Penjurian dari segi nyanyian, lakonan dan lawaknya seseorang itu. Peluang ini pula datang pada waktu yang saya tak jangka. Saya percaya pada rezeki,” jelasnya lagi.
Pada malam akhir MLS3 yang bersiaran secara langsung malam tadi, kumpulan UBI dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM150,000.