,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: Ramai Luah Rasa Kecewa Tak Masuk Final, Tapi Arteh Jawab: “Kami Budak Baru, Sebenarnya Memang…”

Mya Amri
19/09/2022
09:00 MYT
Penyingkiran kumpulan ARTEH di peringkat separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS3) baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa apabila ARTEH yang dianggotai oleh Has, Dewa dan Qody ini gagal melayakkan diri ke peringkat akhir MLS3.
Hal ini kerana mereka menganggap ARTEH mempunyai potensi besar sebagai kumpulan pelawak baharu yang boleh memberikan kelainan dari segi kandungan.
Memberikan respon terhadap perkara itu, ARTEH menyifatkan penyingkiran mereka sebagai tiada rezeki.
“Sebenarnya memang dah jangka, kami target hanya sampai minggu kelima. Alhamdulillah, rezeki Tuhan bagi sampai minggu kesembilan. Kami rasa bangga juga dengan pencapaian sebab sebagai pendatang baru berjaya hingga ke separuh akhir.
“Kami adalah budak baru dalam Muzikal Lawak Superstar, saya jejak kaki dalam industri komedi ini belum sampai setahun, bermula dengan Mencari Sepahtu. Baru lapan bulan maknanya satu pencapaian yang baik juga,” jelas Dewa kepada Gempak.
Mengulas mengenai penglibatan dan pemilihan penyanyi, Qody Rani bersama mereka, ini jawapan ARTEH.
“Dengan Qody ini boleh dikatakan sebagai satu keajaiban sebab kami tidak kenal antara satu sama lain. Bertemu dalam satu program selepas itu bersembang dan ajak dia sertai MLS3. Inilah yang dikatakan ‘jodoh’.
“Selepas itu kami tidak berjumpa secara kerap, minggu pertama baru bertemu kembali. Kiranya baru kenal dalam program ini sudah boleh sampai hingga minggu kesembilan. Alhamdulillah.
“Mengenai sketsa yang dilakukan, kami belajar dan selalu merujuk dengan yang lebih senior, program ini tidak sama dengan Mencari Sepahtu. Program itu kita duduk dan ada guru yang mengajar.
“Bila MLS3, tugasan sangat berbeza. Sini muzikal, Mencari Sepahtu pula seperti Maharaja Lawak. Jadi harus buat benda yang baru, kena pula bertiga. Sebelum ini dah biasa berdua, jadi ada sedikit kekok di situ. Tapi bila dah kenal, okay,” ujar Has.
BACA: MLS3: Jalan Cerita Tak Kuat, Arteh Gagal Mara Ke Final
BACA: MLS3: Hadiah Birthday Namie, UBI Rampas Kembali Takhta Nombor Satu Dengan Markah 77.95%! Ini Recap & Komen Juri Separuh Akhir
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Muzikal Lawak Superstar 2022

“Biarlah Orang Nak Cakap Apa Pun, Asalkan... - Shiha Zikir

gempak
05/10/2022
01:50 MYT
Love Shiha!
Muzikal Lawak Superstar 2022

"Habis Yang Berlakon Jadi OKU Tu Macam Mana?" - Ramai Back Up Namie, Plot Twist! Netizen Pula Tegur Ahmad Idham

gempak
29/09/2022
01:27 MYT
Ramai suruh nilai dari segi pengajaran yang UBI bawakan.
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Walaupun Tak Suka, Kena Respek Bakat Dia”- Achey Minta Jangan Emosi Sebab Ali

gempak
26/09/2022
03:39 MYT
Achey kata tengok pada bakat.
Laman Utama

“Percaya Mimpi, Percaya Proses..” - Shahrol Imbau Memori Berhenti Kerja Kerajaan, Titip Pesan Buat Namie

gempak
25/09/2022
07:34 MYT
Sama-sama kejar impian.