,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: Rupanya Sharif Dah Aim Namie 2 Tahun Lepas! - “Abang Nampak Kau Macam Ada Something Lah”

Mya Amri
12/08/2022
06:30 MYT
Nama Namie semakin menjadi perhatian selepas tiga minggu perjalanan bersama kumpulan UBI dalam Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3).
Bahkan Namie juga dilihat sebagai ‘orang kuat’ dalam UBI ketika menyampaikan sketsa dengan kreativiti tersendiri.
Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya Namie merupakan seorang guru muzik di sebuah sekolah rendah dan sebab itu juga pempengaruh TikTok ini tidak kekok untuk menyampaikan persembahan berbentuk muzikal.
Tambahan pula suaranya yang merdu dan bakat nyanyiannya juga pernah dipuji juri.
Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya Namie sememangnya menyimpan hasrat untuk menyertai program komedi sejak dulu lagi.
Ditanya mengenai bagaimana penglibatannya dalam UBI dihasilkan, ini jawapan Namie:
“Sebenarnya saya berniat nak masuk program realiti dah lama, dari zaman bujang lagi. Tapi waktu itu keberanian belum ada.
“Mungkin keberanian dah ada tetapi regunya belum ada, kalau masuk sorang-sorang takut biru pula atas pentas.
“Alhamdulillah tahun ini dipanggil dua pelawak senior abang Sharif dan juga abang Fad. Jadi itu peluang yang tak patut saya lepaskan.
“Bila dia call tanya masuk nak tak? Saya terus jawab nak. Sejujurnya masa minggu pertama saya dah jumpa keserasian dengan mereka.
“Contoh kalau dengan abang Fad saya dah buat iklan dengan dia, kalau dengan abang Sharif memang dah kenal.
“Sebenarnya dengan abang Sharif saya dah kenal dua tahun lepas dan itu merupakan approach dia yang pertama.
“Dia cakap Namie abang nampak kau ni macam ada something lah. Abang nak bawa kau satu hari nanti.
“Jadi hari yang dimaksudkan itu adalah tahun ini. Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mendapat lima bintang minggu lalu, UBI yang dianggotai Fad, Sharif dan Namie ini juga berada di kedudukan teratas dengan markah keseluruhan sebanyak 58.89% sekaligus menjadi penerima Superstar Gempak of The Week.
BACA: MLS3: Sering Top 5, Tak Sangka Abioso Terus Tersingkir, Hanya Sempat Rasa Sampai Minggu Ketiga
BACA: MLS3: “Kalau Juri Tak Ketawa Itu Satu Perkara Yang Seksa Jawabnya” - Ini Recap & Komen Minggu Ketiga
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Muzikal Lawak Superstar 2022

“Biarlah Orang Nak Cakap Apa Pun, Asalkan... - Shiha Zikir

gempak
05/10/2022
01:50 MYT
Love Shiha!
Muzikal Lawak Superstar 2022

"Habis Yang Berlakon Jadi OKU Tu Macam Mana?" - Ramai Back Up Namie, Plot Twist! Netizen Pula Tegur Ahmad Idham

gempak
29/09/2022
01:27 MYT
Ramai suruh nilai dari segi pengajaran yang UBI bawakan.
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Walaupun Tak Suka, Kena Respek Bakat Dia”- Achey Minta Jangan Emosi Sebab Ali

gempak
26/09/2022
03:39 MYT
Achey kata tengok pada bakat.
Laman Utama

“Percaya Mimpi, Percaya Proses..” - Shahrol Imbau Memori Berhenti Kerja Kerajaan, Titip Pesan Buat Namie

gempak
25/09/2022
07:34 MYT
Sama-sama kejar impian.