Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: "Sebelum Tu Dia Tanya Cukup Tak Komitmen Kita Sekeluarga?" - Isteri Hormat Keputusan Atu Tak Masuk MLS

Mya Amri
22/07/2022 09:38 MYT
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari menghormati keputusan suaminya yang memilih untuk tidak menyertai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) tahun ini.

Sama seperti peminat Atu, Shafeeqa juga rindu untuk melihat suaminya beraksi di pentas siaran langsung namun percaya pada rezeki yang ditetapkan Tuhan.

“Ramai yang tanya saya kenapa Atu tak masuk MLS yang baru ini. Saya sendiri rindu tengok telatah Atu di pentas biar pun saya isterinya, tidak dapat tengok in real life. Dia atas pentas sememangnya ‘Atu Zero’.

“Saya hormat keputusan dia tak masuk pertandingan live. Sebelum tu ada dia tanya cukup tak untuk komitmen kita sekeluarga?

“Saya jawab, insya-Allah cukup. Kita percaya pada rezeki Allah,” jelasnya.

Tambah Shafeeqa lagi Atu mahu berehat buat sementara waktu dan ingin fokus pada kerja-kerja amal yang dilakukan buat masa ini.

“Atu nak berehat kejap. Saya bagi ruang untuk dia lakukan apa yang dia selesa. Saya tak memaksa walaupun dalam erti kerja dia perlu mencari rezeki.

“Nak keluar tiga hari ke, tujuh hari ke, 40 hari ke itu pilihannya. Ruang dia dan Allah. Misi demi misi kami cuba rancang sepanjang dia free ini untuk membantu saudara-saudara Islam.

“Insya-Allah ada kerja bukan terus tak kerja. Kita tunggu kemunculannya satu hari nanti di pentas live,” jelasnya.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

Dalam coretan yang sama, Shafeeqa juga turut memberikan kata-kata semangat buat bintang MLS3 yang bertanding malam ini.

“Kepada semua bintang Muzikal Lawak Superstar, all the best okay. Kami tetap support arena lawak Malaysia kita. Mereka adalah penghibur kita,” tulisnya.

Untuk info, Atu sebelum ini menyertai Muzikal Lawak Superstar bersama Fad Bocey dan Fakhrul UNIC untuk kumpulan UNI.

Muzikal Lawak Superstar 3 akan berlangsung selama 10 minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3 secara langsung mulai 22 Julai, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

#Atu Zero #Shafeeqa Johari #Isteri Atu #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3