Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

MLS3: “Terima Kasih Menyamar Macam Saya” - Shiha Zikir Terkejut, Tak Sangka Terima Mesej Rina Nose

Mya Amri
24/08/2022 04:30 MYT
Bintang Muzikal Lawak Suparstar 3 (MLS3), Shiha terkejut menerima kiriman mesej daripada bintang terkenal Indonesia, Rina Nose.

Menerusi video pendek yang dikongsi Shiha di akaun Instagram miliknya, Rina mengucapkan terima kasih kerana memparodikan karakter dirinya.

“Hey Shiha apa khabar… Baik ya? (treadmark nada sengau). Tahniah ya. Apa pun terima kasih sangat sebab sudah menyamar jadi macam saya,” katanya.

Terharu dengan kiriman mesej tersebut, Shiha menyatakan Rina merupakan seorang yang sangat merendah diri hingga ke hari ini.

“Terkejut terima WhatsApp daripada @rinanose16. Terima kasih banyak Rina.

“Dulu tiap-tiap hari jumpa Rina di D’Academy Asia. Ternyata sampai sekarang dia sangat rendah hati.

“Terima kasih sayang. Doakan CILI dapat buat yang terbaik lagi setiap minggu,” coretnya.

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Terdahulu, persembahan Shiha bersama anggota kumpulannya, Achey dan Ali Puteh di minggu kelima berjaya mendapat empat bintang daripada juri tetap, Datuk Awie.

Bagi yang tidak tahu, Rina merupakan antara yang tular di media sosial kerana treadmark sengau setiap kali bercakap dan ayat-ayat yang digunakan juga lucu.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Parodi #Shiha Zikir #Muzikal Lawak Superstar #Cili #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #Rina Rose
;