Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: Ubi Paling Menyerlah! 12 Bintang Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran

Mya Amri
22/07/2022 18:17 MYT
Minggu pertama Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.

12 bintang sekaligus melayakkan diri untuk kembali berentap di minggu kedua yang akan berlangsung pada Jumaat depan.

Minggu ini menyaksikan Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie berada di kedudukan pertama sekaligus dinobatkan sebagai penerima Superstar of The Week

Manakala tiga lagi kumpulan iaitu Joki, Sobat dan Selit terpaksa akur berada di tiga kedudukan terendah.

Kumpulan lain yang layak melayakkan diri adalah Bahroy, Arteh, Benjo, Abioso, Wisel, Ood, Ngam dan Cili

Di konsert MLS3 minggu pertama ini juga turut diumumkan pengacara bersama Elly Mazlein iaitu Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi layari https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Fad Bocey #Sharif Zero #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #UBI #Namie