Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: [VIDEO] “Tengok Muka Pun Dah Tergelak” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Roy Azman Beraksi

Mya Amri
21/07/2022 14:33 MYT
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) membuka tirai dan antara bintang yang menjadi perhatian adalah pelakon, Roy Azman.

Jika sebelum ini Roy bergandingan bersama Ali Puteh dan Mamak untuk kumpulan VIRAL, untuk Muzikal Lawak Superstar musim ketiga tahun ini lain pula kisahnya.

Roy kini mencuba gandingan baharu bersama Nizam Jentik-Jentik dan Shashic untuk kumpulan BAHROY.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)


Dalam pada itu, ramai yang menyatakan rasa tidak sabar menanti persembahan Roy pada Jumaat ini.

Imbas kembali pada musim lalu, Roy juga menjadi bintang paling ramai digemari penonton kerana lawaknya yang bersahaja dan wajah ‘blur’ selain melihat kegigihannya menahan ketawa ketika beraksi.

Untuk info, Roy dan kumpulan VIRAL merupakan pemenang tempat ketiga MLS2 pada tahun 2021.

Muzikal Lawak Superstar 3 akan berlangsung selama 10 minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3 secara langsung mulai 22 Julai, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

#Roy Azman #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #BAHROY