Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Momen MLS3: Baju Gelembung Plastik Sampah Namie, Lirik Padu Ood & Datuk Awie Standing Ovation

Mya Amri
02/09/2022 07:47 MYT
Minggu ini Muzikal Lawak Superstar (MLS3) sudah memasuki minggu ketujuh.

Setakat ini MLS3 menyaksikan lima pasukan tersingkir manakala tujuh yang masih lagi bertanding adalah UBi, CILI, OOD, ARTEH, BAHROY, WISEL dan juga NGAM.

Sudah pasti sepanjang MLS3 bersiaran di minggu keenam ada beberapa momen menarik berlaku sama ada di belakang tabir mahu pun dikaca televisyen.

Di sini Gempak kongsikan beberapa momen menarik MLS3 minggu keenam.

1. Namie sekali lagi menarik perhatian penonton apabila muncul dengan ‘busana’ hitam menggelembung seolah-olah plastik sampah yang diisi angin dengan sketsa parodi ala-ala Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2022).

2. Paling lucu apabila Namie sendiri menahan ketawa disebabkan jatuh terjelepuk kerana ‘baju’ itu menyukarkan dirinya untuk berjalan.

3. Ramai yang geli hati melihat parodi fashion digayakan Namie kerana menyerupai penampilan penyanyi yang dikenali dengan gaya pakaian unik, Aina Abdul.

4. Mungkin ada yang tidak tahu cerita yang dilakukan CILI sebenarnya ditukar pada saat akhir kerana mereka kurang berpuas hati dengan jalan ceritanya dan sketsa tersebut dibuat dalam masa dua jam.

5. Lirik lagu OOD sewaktu menyampaikan lagu memang on point! Lebih-lebih lagi lirik lagu tersebut berkaitan dengan isu semasa yang hangat dibicarakan iaitu tentang ‘jangan rosakkan industri muzik’.

6. Datuk Awie menyukai lirik lagu dan persembahan OOD sehingga memberikan standing ovation kepada mereka.

7. Kak Lina cantik sungguh, memang nampak macam anak dara!

BACA: MLS3: Tiada Penyingkiran! Wisel, Ngam & Bahroy Tarik Nafas Lega, Bernasib Baik Di Minggu Keenam

MLS3 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad ini menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Corat-Coret #Muzikal Lawak Superstar #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #Momen MLS #Momen MLS3