Muzikal Lawak Superstar 2022
[VIDEO]: “Hadiah Terindah Bagi Dekat Awak, 11 Tahun Penantian Kita… Insya-Allah” – Isteri Achey Jalani Rawatan IVF
Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36, bintang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Achey menerima hadiah istimewa daripada isteri tersayang, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Hasanah atau lebih mesra dengan panggilan Anne telah melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) di sebuah hospital pakar sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat pada 6 Ogos lalu.
“Happy birthday sayang. Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.
Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan.
“Amin… Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang… 11 tahun penantian kita. Insya-Allah kita usaha, Allah yang tentukan. Love you by. Kami kongsikan perjalanan kami pertama kali buat IVF 06/08/2022,” coretnya.
Dalam pada itu, Achey juga menerusi coretan pendek di Instagram mengakui berasa gementar sebaik sahaja mengetahui tentang perkara itu.
Menurut Achey, dia berasa bimbang kerana isterinya akan melalui proses pembedahan.
“Aku risau sebenarnya sebab sebelum proses ini akan berjalan, dia akan jalani satu pembedahan yang sangat penting. Awak memang kuat mama,” luahnya.
Terdahulu, Anne bertemu dengan Dr Thokha Muhammad untuk mendapatkan rawatan IVF.
Untuk pengetahuan. Dr Thokha merupakan antara doktor yang terkenal di media sosial kerana sering berkongsi video inspirasi pasangan yang berjaya mendapat cahaya mata selepas melakukan rawatan.
#Achey
#IVF
#Muzikal Lawak Superstar
#Rawatan IVF
#Muzikal Lawak Superstar 3
#Muzikal Lawak Superstar 2022
#MLS3
#Anne Achey