Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO]: Terkilan Kawan Tikam Belakang, Ini Nasihat Man: “Jangan Jadi Macam Syiling, Depan Lain Belakang Lain…”

Mya Amri
15/09/2022 07:45 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar(MLS3), Man Raja Raja Lawak akui pernah berdepan dengan situasi dikhianati sahabat sendiri.

Menurut Man, untuk menjalin hubungan persahabatan mungkin mudah namun untuk mendapatkan seorang sahabat sejati ternyata agak sukar.

“Saya ni pernah kena tikam dari depan tapi saya tak rasa sakit sebab tahu dia musuh. Yang paling sakit saya kena tikam daripada belakang tetapi dia mengaku dia seorang kawan,” ujarnya.

Man berkongsi perkara itu dalam program bual santai yang dibawakan oleh Zon Lawak berjudul Borak Dulu Baru Kamu.

Disebabkan pengalaman pahit yang pernah dilaluinya, Man juga menitipkan pesanan dalam memilih sahabat.

“Jangan jadi macam syiling, depan lain, belakang lain. Tapi berkawan tu biar macam cermin, kalau kita menangis, cermin pun menangis,” katanya.

Saksikan video penuh temu bual bersama Man di bawah:

Dalam perkembangan terbaharu, Man bersama kumpulan OOD berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS3).

BACA: MLS3: Cili Nombor ‘Syatu’! Jauh Betul Tinggal - Ini Markah Penuh & Komen Juri Minggu Suku Akhir

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Man Raja Lawak #Muzikal Lawak Superstar #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #OOD
;