Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: “Aku Saksi Penat Lelah Badan & Mental Dia…” - Isteri Acap S

gempak
Asyikin Mayudin
19/11/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
MLS4: “Aku Saksi Penat Lelah Badan & Mental Dia…” - Isteri Acap S
Perkongsian isteri kepada pempengaruh Acap S iaitu Adriana Affendi sempena kemenangan suaminya di Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Tetap buat terbaik

Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Acap, Adriana berkata, dia menjadi saksi suaminya melawan kata-kata negatif demi melakukan yang terbaik ketika bertanding.

"Aku saksi penat lelah badan dan mental dia, untuk orang yang pertama kali mencuba dalam bidang ini (melawak).

"Walaupun macam-macam tomahan diterima, dia tetap yang terbaik untuk saya. Kalau nak dicerita tak cukup, hanya Allah sahaja tahu,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Ramai menyokong

Pada perkongsian yang sama, Adriana turut memberitahu dia sentiasa mengingatkan Acap bahawa ramai peminat yang menyokongnya.
"Awak perlu tahu, biar ramai yang mencaci tapi awak kena ingat berapa ramai yang menyokong,” ujarnya lagi.
Pada malam Ahad, Acap bersama kumpulan Sarkas yang dianggotai Danial Zaini dan Shashic berjaya dinobatkan sebagai juara MLS4 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000.
Bagaimanapun, sepanjang sembilan minggu bersaing, netizen menyifatkan Acap seperti tidak berfungsi dalam kumpulan tersebut kerana tidak terlalu menyerlah dan lawak yang dibuat tidak menjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Menangis Setiap Minggu, Sarkas Jawab Dakwaan Netizen Kata Hanya Danial Zaini ‘Function’ Dalam Kumpulan - “Kalau Saya Tak Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: “Sebelum Naik Pentas Saya Selawat, Lihat Gambar Ibu, Isteri & Anak” - Acap S Kongsi Rutin Dilakukan Untuk Hilang Rasa Gementar

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Persembahan Luar Biasa & Rasa Tenaga, Saiful Apek Kongsi Faktor Sarkas Jadi Juara - “Apa Yang Saya Nampak Lebih Kepada…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024