Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

MLS4: Cirit-Birit Sebelum Show, Shashic Syukur Kumpulan Sarkas Menang Minggu Keempat - “Memang Agak Teruk Juga Tapi…”

Asyikin Mayudin
14/10/2024 06:55 MYT
Pelawak Shashic mengakui dia dan ahli kumpulannya, Sarkas iaitu Danial Zaini dan Acap S melalui fasa kesukaran pada minggu sebelum ini disebabkan tidak menerima sebarang ‘star’ daripada juri Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).

Alami diarea

Malah Shashic turut mendedahkan dia mengalami diarea sebelum membuat persembahan pada minggu keempat MLS4 disebabkan salah makan.

Namun, bersyukur dan berterima kasih kepada Danial dan Acap kerana sudah membuat yang terbaik untuk kumpulan mereka memenangi Gempak Superstar Of The Week untuk minggu keempat.

“Sebenarnya agak struggle untuk kami sebab ada drop dan kami tak dapat star minggu sebelum ini. Sebelum buat persembahan minggu keempat ini pun saya agak penat sebab alami cirit-birit.

“Memang agak teruk juga tapi Alhamdulillah, kami bertiga cuba buat yang terbaik dan Alhamdulilla kami dapat Gempak Superstar Of The Week.

“Walaupun ada masalah sebelum persembahan tapi saya tetap nak hiburkan orang. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan saya, Danial dan Acap,” kata Shashic kepada Gempak.

Puji Acap S

Dalam pada itu, Danial turut memuji pempengaruh Acap S yang dilihat banyak perubahan yang positif dalam melakukan persembahan di atas pentas komedi.

“Untuk jalan cerita memang kami sama-sama bincang. Ikutkan dalam kumpulan kami, Acap yang baru tapi dah masuk minggu keempat ini dia la yang paling banyak progres atas pentas.

“Daripada dia tak tahu apa-apa, tak tahu punchline, tak tahu setup, tak tahu karakter, lagu, tempo dan Alhamdulillah dia dah tahu semua. Saya rasa satu pencapaian untuk Acap dan untuk kami juga.

“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik untuk minggu seterusnya,” ujar Danial.

Kumpulan Sarkas kembali mengambil semula gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.

Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Sarkas apabila mereka boleh memilih juri untuk komen persembahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Sarkas Berjaya Rampas Semula ‘Gempak Superstar Of The Week’, Perjuangan Soda Pula Berakhir Pada Minggu Keempat

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Acap S Ubah Prinsip Demi Kumpulan Sarkas, Sanggup Buat ‘Live’ Di KL - “Saya Memang Berkempen Sebab Ini…”

Untuk MLS4 minggu keempat yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Soda yang dianggotai Sofwan Soda, Danny Soda, Afea (Yah Kucai) tersingkir di minggu keempat.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Danial Zaini #Shashic #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Sarkas #Sarkas #Acap S #Diarea
;