,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Dapat ‘Standing Ovation’ Daripada Juri, Kumpulan Putehh Menang ‘Gempak Superstar Of The Week’… Zuara Terselamat Dari Penyingkiran

Asyikin Mayudin
20/10/2024
18:55 MYT
Cipta sejarah dengan mendapat ‘standing ovation’ daripada tiga juri, kumpulan Putehh memenangi gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.

Markah tertinggi

Pernah menang pada minggu kelima, kumpulan yang dianggotai Man Raja Lawak, Ali Putehh dan Aya Amiruddin mendapat markah tertinggi sebanyak 61.17 peratus.
Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Putehh apabila mereka boleh memilih giliran untuk membuat persembahan pada minggu hadapan.
Untuk MLS4 minggu kelima yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Zuara yang dianggotai Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan hampir tersingkir disebabkan mendapat markah paling rendah.
Untuk minggu keenam, lokasi pilihan untuk kumpulan perlu membuat dua persembahan iaitu tempat seram & awam dan lagu karoke.

Ini antara momen MLS4 minggu kelima;

#1 Seluar Danial Zaini hampir ‘terlondeh’ masa buat persembahan
#2 Peminat Deroyan paling semangat, siap sing along
#3 Bukan saja seluar Danial tapi seluar Man Raja Lawak pun asyik terlondeh je… tapi sebab memang bawa watak pakai seluar besar
#4 Buat pertama kali, ketiga juri Saiful Apek, Anna Jobling & Harith Iskander ‘standing ovation’ untuk kumpulan Putehh
#5 Anna Jobling panggil Aretoy ‘sayang’… tapi sebab Aretoy bawa watak sebagai anak Anna Jobling
#6 Saiful Apek bagi ‘standing ovation’ kepada kumpulan Padie
#7 Ini senarai penuh markah untuk minggu kelima MLS4
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu.
Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Acap S Pernah Menangis, Akui Diri Bukan Pelawak Tapi Penghibur Di TikTok - “Saya Memang ‘Zero’, Macam Orang…”

gempak
20/10/2024
08:55 MYT
Tiada asas dalam dunia komedi, pempengaruh media sosial, Acap S mengakui dia pernah menangis pada minggu kedua dan ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Sudah Jangka Tersingkir Awal, Soda Tetap Bangga Dapat Bersaing Dengan ‘Senior’ - “Kami Pendatang Baharu, Kiblat Komedi Kami Adalah…”

gempak
17/10/2024
05:55 MYT
Sudah melakukan yang terbaik di pentas Muzikal Lawak Superstar 4, kumpulan Soda bagaimanapun mengakui mereka sudah menjangkakan akan tersingkir awal.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Cirit-Birit Sebelum Show, Shashic Syukur Kumpulan Sarkas Menang Minggu Keempat - “Memang Agak Teruk Juga Tapi…”

gempak
14/10/2024
06:55 MYT
Pelawak Shashic mengakui dia dan ahli kumpulannya, Sarkas iaitu Danial Zaini dan Acap S melalui fasa kesukaran pada minggu sebelum ini disebabkan tidak menerima sebarang ‘star’ daripada juri Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Sarkas Berjaya Rampas Semula ‘Gempak Superstar Of The Week’, Perjuangan Soda Pula Berakhir Pada Minggu Keempat

gempak
13/10/2024
20:55 MYT
Kumpulan Sarkas kembali mengambil semula gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tak Serik Berada Di Pentas Komedi, Harris Anuar Anggap Diri Bukan Pelawak Tapi…

gempak
09/10/2024
06:55 MYT
Tersingkir di minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada Ahad lalu, anggota kumpulan Kilo iaitu Harris Anuar berkata dia dan dua orang rakannya tidak berasa kecewa atas penyingkiran tersebut.
BorakSeeni