Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS4: Kumpulan Deroyan Anggap Menang ‘Gempak Superstar Of The Week’ Tambah Tekanan - “Sebab Orang Dah Letak Harapan Tinggi…”

Asyikin Mayudin
26/09/2024 12:55 MYT
Kumpulan Deroyan mengakui mereka terkejut apabila dinobatkan sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada Ahad lalu.

Rezeki Allah

Menganggap rezeki daripada Allah, Has dan Dewa memberitahu mereka tidak pernah menerima anugerah seperti itu pada musim terdahulu.

“Kami tak sangka sebab pertama kali… sebelum ini kami masuk bertanding tak pernah dapat. Tapi untuk musim kali ini, baru merasa. Sudah semestinya bersyukur atas rezeki daripadaNYA.

“Tapi memang tak jangka dapat Gempak Superstar Of The Week,” katanya kepada Gempak.

Beri tekanan

Dalam pada itu, Has turut mengakui penerimaan anugerah itu menambahkan tekanan kepada mereka memandangkan ramai orang akan meletakkan harapan yang tinggi terhadap Deroyan.

“Sebenarnya bila dapat Gempak Superstar ini lagi menambahkan tekanan. Sebab orang dah meletakkan harapan yang tinggi pada kumpulan kami. Minggu pertama pun dah tekanan nak memikirkan jalan cerita dan lagu,” ujarnya.

Sementara itu, Eric (Floor8) mengakui bukan mudah untuk membuat lawak dan memberi penghargaan kepada pelawak-pelawak di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: ‘Gempak Superstar Of The Week’ Milik Deroyan, Ibu Syamsul Yusof Datang Sokong Puteri Sarah Antara Momen Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

“Apa yang boleh saya cakap, saya hormat pelawak yang ada di Malaysia. Sebab tak mudah nak buat lawak,” kata Eric.

Bertemakan ‘Fantasi’, kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh Eric (Floor88), Has Arteh dan Dewa Arteh dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad.

Mendapat markah tertinggi sebanyak 64.08 peratus, Deroyan berjaya memikat hati juri dan penonton apabila membawa jalan cerita dan persembahan yang ringkas dan padat.

Gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#DEWA #Arteh #Eric #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Deroyan #Gempak Superstar of The Week #Has
;