Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS4: Minggu Kedua Beri Tekanan, Kumpulan Sarkas Tunjuk ‘Effort’ Untuk Dapatkan Zizan Razak - “Dia Seorang Yang Particular Bab…”

Asyikin Mayudin
30/09/2024 05:55 MYT
Mengakui minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) memberi tekanan, kumpulan Sarkas bagaimanapun bersyukur apabila pelawak terkenal Zizan Razak sudi menjadi artis jemputan untuk persembahan mereka.

Menurut Danial mewakili kumpulannya, dia sememangnya mahukan Zizan untuk menjayakan persembahan dan pelawak itu menerima tawaran mereka disebabkan jalan cerita yang menarik.

“Alhamdulillah, syukur… minggu yang kami rasa pressure sangat sebab jalan cerita ini saya dah tulis lama dah cuma tak tahu nak release bila. Jadi, kena pula dengan minggu ini dan saya memang nak Zizan Razak.

“Isnin lalu saya cuba untuk hubungi Zizan, rupanya dia dekat Jakarta… lama juga nak tunggu dia reply. Alhamdulillah bila jumpa dia okay. Dia terima sebab cerita best,” katanya kepada Gempak.

Sarkas yang dianggotai oleh Danial Zaini, Shashic dan Acap S mendapat markah tertinggi iaitu 65.12 peratus sekaligus berjaya dinobat sebagai ‘Gempak Of The Week’ untuk minggu kedua MLS4.

Berkongsi lebih lanjut, Danial berasa bangga apabila Zizan menerima tawarannya memandangkan pelawak dan pengacara terkenal itu tidak pernah muncul dalam program lawak untuk membuat persembahan dalam kumpulan bertanding.

“Abang Zizan ini seorang yang particular bab kerja. Dia pun tak pernah muncul dalam mana-mana program lawak. Tapi kali ini dia suka dengan cerita Sheriff dan Polis Evo.

“Zizan sebenarnya sibuk tapi susun jadual dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Satu sejarah telah tercipta,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shahsic turut memberitahu mereka menggunakan semua saluran dan platform untuk mendapatkan pelakon filem Polis Evo itu.

“Danial memang beritahu saya, dia nak Zizan. Saya cakap, saya ada kenalan. Jadi masing-masing ambil peranan. Sorang DM, mesej dan saya tanya kenalan saya… jadi nampak yang kami betul-betul nak dia,” ujar Shashic.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Zizan Razak #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Sarkas #Sarkas #Acap S #Shahsic
;