MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000
Asyikin Mayudin
17/11/2024 15:48 MYT
17/11/2024 15:48 MYT
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan mendapat markah tertinggi.
Manakala kumpulan Padie yang dianggotai oleh Namie, Fad dan Aretoy yang mendapat markah mendapat tempat kedua, menerima hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.
Kumpulan Putehh (Ali Puteh, Aya Amiruddin & Man Raja Lawak) di tempat ketiga membawa pulang RM50,000 serta trofi.
Kumpulan Deroyan yang dianggotai Has, Dewa dan Eric pula menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.
Kumpulan Zuara (Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik & Chiwan) berjaya bawa pulang RM5,000 dan trofi.
Ahli kumpulan Zuara iaitu Zulin Aziz memenangi anugerah Superstar Paling Gempak MLS4.
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
Juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.