Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

Asyikin Mayudin
18/09/2024 08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.

Cabar diri

Mengakui gementar untuk beraksi di pentas komedi, Puteri Sarah bagaimanapun menganggap peluang itu sebagai cabaran untuk dirinya meneroka bidang lain selain lakonan.

“Sebab berlakon, teater, berniaga pun dah… jadi kita nak cuba cabar diri untuk berlawak pula. Mana tahu saya ada bakat membuat lawak. Bagi saya, pentas ini macam ‘fear factor’ untuk saya.

“Saya cuba la, walaupun sedap ke tak (suara), janji kita buat persembahan dengan keyakinan. Saya memang gementar la tapi saya anggap ini satu cabaran dan saya memang nak cabar diri saya. ,” kata Puteri Sarah kepada Gempak.

Pernah bekerjasama

Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 38 tahun ini berkata Ilham yang mengajaknya untuk menyertai kumpulan Gebu disebabkan mereka pernah bekerjasama dalam sebuah karya seram komedi sebelum ini.

“Salah seorang kumpulan saya iaitu Ilham pernah shooting bersama untuk Astro, cerita seram komedi. Jadi, dia penulis skrip dan dia nampak saya boleh pergi (komedi).

“Sebab itu dia ajak saya sertai kumpulan itu. Pertama kali saya jumpa Mamak Puteh, kami duduk berbincang… mereka datang ke lokasi penggambaran saya.

“Mereka tanya betul ke nak join ini… saya kata okay sebab nak cuba pelbagai bidang,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!


ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

Buat julung kalinya, program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri.

Manakala Dato’ AC Mizal bakal diperkenalkan sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula 22 September dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Mamak Puteh #Puteri Sarah #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Ilham Abata #Kumpulan Gebu #Program lawak #Puteri Sarah MLS