Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

MLS4: Sarkas Berjaya Rampas Semula ‘Gempak Superstar Of The Week’, Perjuangan Soda Pula Berakhir Pada Minggu Keempat

Asyikin Mayudin
13/10/2024 20:55 MYT
Kumpulan Sarkas kembali mengambil semula gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.

Pernah menang pada minggu kedua, kumpulan yang dianggotai Acap S, Danial Zaini dan Shashic mendapat markah tertinggi sebanyak 61.63 peratus.

Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Sarkas apabila mereka boleh memilih juri untuk komen persembahan mereka.

Untuk MLS4 minggu keempat yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Soda yang dianggotai Sofwan Soda, Danny Soda, Afea (Yah Kucai) tersingkir di minggu keempat.

Untuk minggu kelima, lokasi pilihan untuk kumpulan membuat persembahan iaitu tempat bekerja dan lagu FYP.

Ini antara momen MLS4 minggu keempat;

#1 Puteri Sarah Comel! Jadi katak jual bakso tapi Sarah tergelak sendiri bila sebut jual bakso ‘janda’

#2 Has (kumpulan Deroyan) buat aksi balik cawan, terbaling tinggi sangat sampai hampir kena diri sendiri

#3 Eric Floor88 selamba je tampar Has… siap ada bunyi lagi

#4 Kumpulan Deroyan dapat 3 Star daripada juri tetap… Ayie Floor88 yang hadir beri sokongan turut berdiri atas kerusi sebagai tanda setuju

#5 Masa tengah menyanyi sambil menari, Shashic tak sengaja terpijak kaki Acap S… nasib tak ganggu persembahan

#6 Pistol belon yang digunakan kumpulan Sarkas tak ‘membantu’ pula… tak keluar belon masa Danial & Shashic guna untuk persembahan nyanyian Acap S

#7 Ini senarai penuh markah untuk minggu keempat MLS4

Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Danial Zaini #Shashic #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Gempak Superstar of The Week #Sarkas #Acap S
;