MLS4: “Sebelum Naik Pentas Saya Selawat, Lihat Gambar Ibu, Isteri & Anak” - Acap S Kongsi Rutin Dilakukan Untuk Hilang Rasa Gementar
Mya Amri
18/11/2024 00:55 MYT
18/11/2024 00:55 MYT
Personaliti media sosial, Acap S mempunyai rutin tersendiri untuk menghilangkan rasa gementar sebelum membuat persembahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Menurut Acap atau Muhammad Asraf Jaafar, 29, rutin yang dilakukan adalah membaca selawat selain menatap foto ibu, isteri dan juga anaknya.
"Buat live di TikTok berbeza, walau saya tahu ramai menonton tetapi tak tak nampak muka. Beraksi di atas pentas pula memang buatkan saya gementar kerana ada penonton di depan mata.
Acap berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pentas akhir MLS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
"Pentas MLS4 ini menjadi tempat untuk orang nampak bakat saya. Jika ada peluang berlakon atau mengacara selepas ini saya akan terima. Tetapi masih banyak yang perlu saya belajar," jelasnya.
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan mendapat markah tertinggi.
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
Juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
Rutin sebelum naik pentas

"Bohong jika saya katakan tidak pernah rasa tertekan. Apa lagi bila terima komen saya tidak kelakar dan hanya sekadar menumpang rakan-rakan yang lain. Namun semua itu saya jadikan satu pengajaran.
"Biasalah sebelum naik ke atas pentas saya akan selawat selain melihat gambar isteri, ibu dan anak. Saya pasang niat untuk hiburkan mereka," ujarnya.
Acap berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pentas akhir MLS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Tidak akan tinggalkan dunia media sosial
Mengulas mengenai kerjayanya sama ada mahu terus berada dalam bidang seni atau meninggalkan dunia media sosial, Acap berkata dia tidak mungkin meninggalkan terus sesi siaran langsung yang biasa dilakukan di laman TikTok kerana medium itu yang mula-mula membuatkan namanya dikenali."Sudah sembilan tahun saya aktif di media sosial, tak mungkin saya tinggalkan. Saya akan terus buat live seperti biasa sebelum ini.
“Di situlah saya dapat kepuasan untuk hiburkan orang. Pendapatannya juga tidak kurang banyak.
"Pentas MLS4 ini menjadi tempat untuk orang nampak bakat saya. Jika ada peluang berlakon atau mengacara selepas ini saya akan terima. Tetapi masih banyak yang perlu saya belajar," jelasnya.
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan mendapat markah tertinggi.
ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: “Sebenarnya Saya Bernazar Sekiranya…” - Rupanya Aretoy Botakkan Rambut On The Spot Sebelum Jadi 'Amy Search'
ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000
ARTIKEL BERKAITAN:“Maafkan Uncle…” - Acap S Menangis, Luah Rasa Terkilan Tak Sempat Jumpa Adik Alisa Buat Kali Terakhir
ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: Acap S Pernah Menangis, Akui Diri Bukan Pelawak Tapi Penghibur Di TikTok - “Saya Memang ‘Zero’, Macam Orang…”
ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: Acap S Ubah Prinsip Demi Kumpulan Sarkas, Sanggup Buat ‘Live’ Di KL - “Saya Memang Berkempen Sebab Ini…”