Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

MLS4: Sudah Jangka Tersingkir Awal, Soda Tetap Bangga Dapat Bersaing Dengan ‘Senior’ - “Kami Pendatang Baharu, Kiblat Komedi Kami Adalah…”

Asyikin Mayudin
17/10/2024 05:55 MYT
Sudah melakukan yang terbaik di pentas Muzikal Lawak Superstar 4, kumpulan Soda bagaimanapun mengakui mereka sudah menjangkakan akan tersingkir awal.

Jangka tersingkir

Soda yang dianggotai oleh Sofwan, Danny, Afea (Yah Kucai) berkata dia memahami rata-rata rakyat Malaysia lebih gemar melihat persembahan kumpulan yang lebih senior seperti Sepahtu, Bocey dah Puteh.

“Minggu yang keempat, sebagai pendatang baharu… kami dah jangkakan sebab kita dah cuba, lebih kepada gembira. Sebab ada lagi platfrom yang nak masukkan orang baharu.

“Yela, kita boleh cakap rata-rata orang Malaysia masih suka dengan Sepahtu, Bocey, Puteh… bila adanya orang baharu, kita boleh cakap kita ini tak ada orang nak tengok atau pun orang belum sayang dan suka kami lagi.

“Ini adalah satu cabaran tapi pada masa yang sama, setiap cabaran itu ada menang ada kalah tapi kalah ini tidak bermakna kita kecundang selama-lamanya.

“Ini langkah pertama untuk kita pergi ke pentas lebih besar dan lebih matang untuk berada dalam industri komedi,” katanya kepada Gempak.

Bangga bersaing

Dalam pada itu, Soda turut memberitahu mereka sangat berbesar hati dan gembira dapat bersaing dengan ‘senior’ dalam dunia komedi.

“Kami bersaing dengan cikgu sendiri, bersaing dengan idola-idola kami. Jadi, kami pendatang baharu… kiblat komedi kami adalah mereka antaranya Putehh, Gebu, Padie.

“Mereka ini asalnya sebagai rujukan, tapi sekarang ini dah bertanding satu pentas. Rasa tegang sebab fikir kalau kalahkan ini, macam bantai cikgu ke. Tapi benda ini akan naikkan kematangan komedi kita dan skill lebih improve.

“Sebab kita bukan lawan dengan pergi uji bakat biasa-biasa. Kita lawan dengan orang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Kami sangat berbesar hati dapat bertahan sampai minggu keempat,” ujarnya.

Untuk MLS4 minggu keempat yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Soda yang dianggotai Sofwan Soda, Danny Soda, Afea (Yah Kucai) tersingkir di minggu keempat.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Yah Kucai #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Soda #Soda
;