Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

MLS4: Tiga Minggu Berturut Di Kedudukan Terendah, Kumpulan Kilo & Gahai Tersingkir Di Minggu Ketiga, Putehh Pula Menang ‘Gempak Of The Week’

Asyikin Mayudin
06/10/2024 18:55 MYT
Kumpulan Putehh berjaya mendapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.

Dengan tema Kampung Masing-Masing dan genre lagu rock, kumpulan yang dianggotai Aya Amiruddin, Man Raja Lawak dan Ali Puteh mendapat markah tertinggi sebanyak 62.79 peratus.

Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Sarkas apabila mereka boleh memilih lokasi pilihan untuk membuat persembahan untuk minggu keempat.

Untuk MLS4 minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Kilo yang dianggotai Harris Anuar, Tajuddin Bakar dan Tapai serta kumpulan Gahai (Isyariana, Fuad & Usop) tersingkir.

Untuk tugasan minggu keempat, lokasi pilihan adalah tempat hiburan dan genre lagu belada dan reggae.

Ini antara momen MLS4 minggu ketiga;

#1 Datuk AC Mizal belanja lagu, menyanyikan lagu kumpulan Dewa, Sedang Ingin Bercinta sebagai pembukaan pentas minggu ketiga

#2 Buat pertama kali, kumpulan Zuara yang dianggotai oleh Chiwan, Zulin Aziz dan Nizam Jentik-Jentik berjaya mendapat 3 star daripada juri tetap

#3 Peserta Kilauan Emas turut hadir memeriahkan Muzikal Lawak Superstar 4

#4 Pesermbahan kumpulan Sarkas meriah sebab bawa ramai pelakon tambahan & buat kejutan dengan kehadiran cameo pemain gitar legend iaitu Man Kidal

#5 Tiga minggu berturut kumpulan Bravo masih menggunakan watak yang sama tapi nasib baik ada muncul watak baharu iaitu ‘Madam Wong’

#6 Lawak kumpulan Kilo yang dianggotai oleh Tapai, Harris Anuar dan Tajuddin Bakar seperti tidak menjadi sebab dewan ‘sunyi’

#7 Ini senarai penuh markah untuk minggu ketiga MLS4

Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Harris Anuar #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Kilo #Kumpulan Gahai #Kumpulan Putehh
;